Wednesday, May 27, 2009

Sesi ceramah terbaru di Melaka

DIJEMPUT HADIR UTK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA RAKYAT MELAKA.

Tuesday, May 26, 2009

Debat Politik Wang... Zahid tarik diri..


1) Sepatutnya Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang akan berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa...

2) Akan tetapi, kira-kira beberapa jam lagi program itu akan bermula... dapat berita dari pihak penganjur bahawa Zahid tarik diri... Ianya amat mengecewakan seluruh rakyat, kerana rakyat ingin mengetahui pendirian UMNO & PAS dalam isu politik wang.

3) Pihak penganjur menggantikan Zahid dengan Ezam... apakah status Ezam dalam UMNO... Rakyat cuma nk tahu kedudukan & pendirian UMNO iaitu pemerintah kerajaan persekutuan...

4) Penarikan diri daripada menyertai program ini adalah suatu tindakan orang pengecut...

5) Jika berada pada pihak yang benar, sudah pasti tiada masalah nak perbincangkan isu politik wang...

6) UMNO sendiri tiada pendirian dalam isu politik wang... adakah patut seseorang yang dah disabitkan melakukan kesalahan politik wang diberi tanggungjawab dalam memimpin rakyat..

7) Bagi pihak rakyat Melaka, kami terasa amat MALU apabila mempunyai ketua negeri yang terlibat politik wang... tapi itulah pendirian UMNO... tidak kisah terlibat dalam rasuah politik wang...

POLITIK WANG = RASUAH
***Ianya adalah melanggar hukum syarak ISLAM...

Tahniah kepada Ketua Pemuda PAS yang baru


1) Dimulai dengan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS yang baru iaitu Ustaz Nasrudin Tantawi...
- Nama sebenar ialah Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
- Menetap di Kuantan, Pahang...
- http://episodeperjuangan.blogspot.com/

2) Insyaallah barisan pemuda PAS akan dikemudi oleh nahkoda yang baru, dengan gaya yang tersendiri...

Ucapan tahniah yang lahir daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka...

Monday, May 25, 2009

Rakyat & Pengangkutan Awam


1) Entah sampai bila masalah penderitaan rakyat akan dapat diselesaikan...

2) Masalah kesesakan semasa menggunakan perkhidmatan LRT/Komuter...

3) Masalah kenaikan harga tambang pengangkutan awam (Teksi & Bas)...

4) Masalah kenaikan harga petrol (RM2 bermula 1 Sept)...

5) Masalah yg kekal menjadi masalah... walaupun telah bertukar ketua pemerintah...

6) Dimanakah letaknya slogan "1 Malaysia"... Biar rakyat lalui kehidupan yang sukar, pada masa yang sama hanya segelintir golongan sahaja yang mengecapi keselesaan...

7) Adakah cukup sekadar membuat lawatan mengejut? Melapangkan 30 minit dalam ketidakselesaan rakyat...

8) Rakyat bukannya perlukan lawatan, TETAPI perlukan suatu perubahan... bukan sekadar enak berkata-kata tanpa tindakan susulan... !!!

Puasa Sunat & Munajat hadapi krisis politik Perak


1) Dalam menghadapi kemelut politik Perak, PAS Perak telah memutuskan untuk mengajak seluruh umat Islam menjalankan:
- PUASA SUNAT, puasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir 1430H (hari ini, esok, lusa). - MUNAJAT, solat hajat, doa, qunut nazilah dll...

2) Tindakan ini adalah selaras dengan syariat Islam. Hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah. Jadi, ianya bukan suatu kesalahan. Jika dibuat, dapat pahala & keberkatan. Dan jika tidak dibuat, tidak mendapat dosa.

3) Matlamat tindakan ini adalah:
- memohon kepada Allah swt agar digerakkan hati pihak berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, ianya adalah satu-satunya penyelesaian bagi kemelut politik ini.

4) Berita baik kepada rakyat Perak, dijemput ke majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak selama 3 hari berturut-turut dimulai hari ini (26 May 2009).

"TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS"... (Surah Al-Fatihah: ayat 6)

Sunday, May 24, 2009

Apa ertinya nombor 2...

1) Setiap perkiraan mesti dimulai dgn nombor 1... dan diikuti oleh nombor yang seterusnya iaitu 2...

2) Disini terdapat beberapa kisah mengenai nombor 2 yang agak unik :

- di Perak... ada 2 Menteri Besar... ada 2 Speaker... ada 2 kerajaan...


- di Gagasan PPP... ada 2 Presiden... akan ada 2 Mesyuarat Agong...


3) Adakah masih relevan dgn slogan PM Malaysia... "1 Malaysia"...

4) Yang paling utama, apabila terwujudnya istilah "2" dalam 1 isu... sudah pasti ada pihak yang benar dan ada pihak salah...

5) Perlu diingat bahawa kebenaran pasti akan datang, pembohongan pasti akan jatuh tersungkur. Semoga para pejuang kebenaran dapat mengekalkan momentum perjuangan dalam usaha mencapai kemenangan.

6) Biarlah kemenangan yang dicapai mendapat keredhaan Tuhan Yang Maha Agung iaitu ALLAH swt... Biarlah kekalahan yang dicapai jika ianya akan mendapat kemurkaan Allah swt.

BN di Manek Urai...???


1) Jika dilihat daripada keputusan BN untuk tidak bertanding (menyerah kalah) di Penanti, bermacam-macam alasan yang diberikan...
2) Adakah alasan itu suatu realiti @ sekadar ciptaan BN untuk menyelamatkan survivor politik mereka...?
3) Ramai pihak menyarankan agar BN tidak bertanding di DUN Manek Urai.
4) Sejak bila mereka terfikir akan kebajikan rakyat...
5) Dan bagi petugas PAS, berharap dapat bersiap-sedia menghadapi pilihanraya kecil ini. Walaupun tanpa kehadiran BN (Insyaallah), sudah semestinya BN akan menghantar proksi2 (calon BEBAS) utk mengacau PRK ini.

Ceramah dalam masa yang terdekat

Ceramah ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat Melaka. Dapatkan seberapa maklumat yang lengkap dalam menafsir sesuatu isu.

Next ceramah pada 26 Mei 2009... seperti yg tertulis di bahagian tepian blog nie...

Jom datang beramai-ramai...
 

blogger templates | Make Money Online