Saturday, June 13, 2009

Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Syeikh FATHI YAKAN (Penulis Terkenal Buku Haraki)

Islamic Action Front leader Fathi Yakan died after he was hospitalized in serious condition on Friday night, Lebanese media reported.


Head of Islamic Labor Front in Lebanon Fathi Yukon passed away Saturday afternoon after he was hospitalized for serious health problems on Friday night. Yakan was announced dead Saturday morning, but an Islamic Action Front statement later denied the Sheikh was dead, but acknowledged he was in serious condition.


Dr. Fathi Yakan is a prominent Islamic scholar and caller. he was born in Tripoli, north of Lebanon, on the 9th of February 1933. With a Ph.D. in Arabic and Islamic Studies, Sheikh Yakan was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s. He was also the General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya from 1962 until 1992 when he won his seat in the Lebanese parliament. He is a key activist on the political stage, which was very clear during the 1996 elections.


Sheikh Yakan initiated a political effort between PM Fouad Saniora and his allies on the one hand and the opposition in a bid to end the rule crisis in the wake of the 2006 Israeli war on Lebanon. As a key figure in the Lebanese National Opposition, he headed prayers for Sunnis and Shiites on Friday, December 8, 2006 and called in his speech for the unity of Muslims against Israeli plots and schemes.


Dr. Yakan was married to Mrs Mona Haddad with whom he had established a private Islamic university (Al-Jinan University). He has four daughters and a son.
Sheikh Yakan was known for his support for resistance movements in Lebanon and the Arab and Islamic worlds.
He described the 2006 victory as one for Lebanon and the whole nation, Sunnis before Shiites, “because the project of the resistance is not only Lebanese project but a global one.”


The Islamic scholar also played a significant role in mending fences between political parties in the region. He was the mediator between the Islamic brotherhood in Syria and President Bachar Assad. He also played the same role between Syria and Turkey between 1998 and 1999, in the wake of the Syria-Turkey crisis.

Antara buku yang ditulis (lebih daripada 35 buku):
- Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam?
- Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam
- Komitmen Muslim Sejati
- Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
* Boleh dapati buku ini secara online, http://pustaka-ebook.com/tag/fathi-yakan/


http://www.almanar.com.lb/NewsSite/NewsDetails.aspx?id=89874&language=en

Friday, June 12, 2009

Bagaimana Dahsyatnya Fitnah Pemimpin UMNO Keatas Kerajaan Pimpinan Tok Guru


Barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Kenyataan Akhbar
Tetuan Saiful Kasri & Associates


Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.


Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”


Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato' Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.


Antara laporan tersebut adalah:

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.
  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
  • Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.


Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.


Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.


Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap
kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.


Sekian, terima kasih.

Yang benar


Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

Kualiti udara di KL dalam keadaan kritikal

1) Cheras & Pelabuhan Klang adalah kawasan yg mempunyai kualiti udara yg tidak sihat.

2) Kadar penglihatan di lapangan terbang adalah kurang daripada 4 kilometer.

3) Puncanya :
- pembakaran terbuka yg semakin berleluasa di Indonesia & Malaysia.
- tiada pengawasan udara dengan teliti (perlunya pantauan yg kerap).
- peningkatan kandungan pencemar ozon yg disebabkab oleh asap kenderaan & kilang.


4) Bagi kawasan Subang, Petaling Jaya & Sepang pun dalam keadaan kritikal... penglihatan kurang daripada 7 kilometer.

Bahan dari Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka


Wednesday, June 10, 2009

Hasil muafakat antara PAS, DAP & PKR... 10 Jun 2009

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.


Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.


Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.


ANWAR IBRAHIM


KETUA PEMBANGKANG

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

http://anwaribrahimblog.com/




PPSMI…??? WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS…???


1) Nampaknya Menteri Pelajaran semakin ghairah melakukan perubahan demi perubahan, kononnya akan membantu rakyat Malaysia.

2) Adakah Muhyidin sedar yg isu PPSMI masih belum selesai & tiada sebarang kata putus ? Jangan sampai dilabel menteri mudah lupa lak…

3) Tindakan Muhyidin semakin mencengkam kedudukan bahasa kebangsaan.

4) Kononnya menteri pelajaran ada buka ruang untuk menyampaikan pendapat @ komen… tapi realitinya sudah terlalu banyak komen yg boleh didapati dari dulu lagi.

5) Adakah semua analisa menteri lama dilupuskan begitu sahaja, tanpa sebarang penelitian…?

6) Wahai Menteri Pelajaran, Jangan bertindak terlalu drastik… cuba berfikir & menganalisa semua aspek sebelum membuat keputusan.

7) Dan yg penting, selesaikan perkara-perkara yg tertangguh… Jangan buat rakyat terpinga-pinga dengan tindakan menteri.

8) Tidak lupa juga, Menteri hendak tetapkan bilangan subjek untuk SPM… apalah salahnya jika ada budak nk amik banyak subjek.

9) Kenapa nk dihilang hajat mereka yg mampu buat yg terbaik… mengejar ilmu dunia & akhirat.

10) Bagi sesiapa yg amik subjek, sudah tentu mereka sedar akan kemampuannya… Pihak Kementerian jangan memandai-mandai nk tetapkan subjek individu…IANYA ADALAH HAK INDIVIDU….

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21237&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21214&Itemid=50

Tuesday, June 9, 2009

Solat Hajat untuk kesejahteraan rakyat di Selatan Thailand


1) Ana mendapat suatu jemputan untuk membuat sesi SOLAT HAJAT untuk kesejahteraan rakyat seluruh dunia... terutamanya umat Islam yang sedang berjuang mendapatkan hak mereka seperti di Palestin, Selatan Thai, Kashmir, Chenchen dll.

2) Diminta umat Islam mengadakan solat hajat pada 12 Jun 2009, selepas solat jumaat di masjid negeri masing-masing.

3) Tiada ruginya kita melakukan solat hajat... malah akan mendapat pahala.

4) Kejadian menembak jemaah yg sedang solat isyak di Masjid Al-Furqan, Selatan Thailand... berlaku pada 9 Jun iaitu semalam... Adakah berperikemanusiaan menembak orang yg sedang solat,11 org terkorban.


Pertubuhan NGO “Sisters In Islam” perlu dikaji…!!!


- SIS mempertikai keadilan Islam terutamanya kedudukan kaum hawa.

- SIS gemar menyentuh konsep sama rata dalam perkara keadilan jantina serta peranan lelaki dan perempuan yakni suami dan isteri.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=1267&Itemid=35

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1889&Itemid=59

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21222&Itemid=50


TINDAKAN SIS…

1) Menganjurkan program Musawah pada 13-18 Februari 2009.

- membincangkan topik kesemarataan Islam, jantina, poligami, faradi dan sebagainya yg menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.

- menyentuh nilai-nilai Islam Liberal ‘New Muktazilah’, ini adalah bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam.

- antara penceramah adalah Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd. Program ini juga dipromosikan oleh TV3.

Amina Wadud (Members of SIS)

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19367&Itemid=50


2) Menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman amalan senaman yoga.

- dengan alasan, tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga sebagai haram. Menurut SIS, setakat ini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan @ bukti bahawa terdapat individu beragama Islam bertukar kpd agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

- "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" kata Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18206&Itemid=59


3) SIS menyokong kumpulan IFC (14 tuntutan IFC yang bercanggah dengan syariat Islam)

- Sebahagian daripada 14 tuntutan IFC

· Seseorang anak yang dilahirkan ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

· Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

· Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

· Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

· Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

· Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

· Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1889&Itemid=59


*** SILA RUJUK LINK LAMAN WEB YG DIATTACH UNTUK MENDAPATKAN INFO LANJUT…

Monday, June 8, 2009

PAS adalah bahtera yang selamat


1) Itulah ungkapan yang sesuai dgn asas perjuangan PAS. Ianya mampu menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai maksiat & malapetaka. Dan bagi sesiapa yg meninggalkan bahtera ini, mereka pasti akan tenggelam.

2) Perjuangan yang tidak mementingkan hak peribadi @ individu tertentu. Ianya diakui oleh pelbagai pihak termasuk orang non-muslim. Buktinya, wujud suatu cabang sokongan padu iaitu Kelab Penyokong PAS, yangmana ianya dikelolai oleh 100% non-muslim.

3) Ianya ditubuhkan adalah semata-mata untuk menegakkan agama Allah, dengan berpandukan Al-Quran & Sunnah Rasulullah saw. Allah swt memerintahkan supaya kita mengutamakan pendamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia.

4) Jika ada sesiapa yg telah mengkaji sejarah PAS, mereka pasti sedar akan peningkatan gerak kerja PAS dalam menuju mensyariatkan Islam yang syumul tanpa sebarang penolakan hukum asal. Tiada satu undang2 yg layak menggantikan hukum Allah..

5) Insyaallah... ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN... Islam adalah perkara utama yg perlu ada dalam jiwa setiap manusia. Jika ianya hilang, maka tiada makna lagi untuk hidup.

--- ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ---
 

blogger templates | Make Money Online