Saturday, June 20, 2009

Penularan Virus Influenza A (H1NI) semakin merebak dalam masyarakat Malaysia






1) Pada 19 Jun, dilaporkan oleh pihak kementerian kesihatan... 35 kes disahkan dijangkiti H1N1... Dan ianya adalah kes import iaitu dibawa oleh para pelancong & penumpang kapal terbang.

2) Pada 20 Jun, dilaporkan oleh pihak kementerian kesihatan... meningkat kepada 42 kes yg dijangkiti H1N1...

3) Kebanyakan pesakit terdiri daripada warganegara Malaysia dari luar negara seperti para pelajar, businessman dll.

4) Untuk kes tempatan, ianya menjangkiti 2 orang setakat ini. Pesakit pertama disahkan pada 15 Jun... dan pesakit kedua disahkan pada 20 Jun...

5) Jika diikuti perkembangan isu ini, kita dapat melihat bahawa kes ini semakin merebak ke dalam kehidupan masyarakat. Bagaimana 2 org rakyat yg tidak pernah ke luar negara boleh dijangkiti H1N1? Adakah berlakunya kebocoran @ ketirisan saringan di pintu masuk negara?
Sampai bila ketirisan ini akan berlaku? Apakah pihak kerajaan sedar akan gejala ini?

6) Pihak kerajaan perlu menyusun langkah-langkah yg terbaik secara menyeluruh... iaitu dengan suatu tindakan yg tepat kepada semua pintu masuk negara. Masyarakat pun tahu ygmana virus ini boleh dijangkiti oleh manusia kepada manusia.

7) Jadi, dengan adanya saringan yang sempurna... virus ini dapat dikawal... Jika pihak kerajaan masih dalam strategi yg sama seperti sekarang, ianya memberi impak yg buruk kepada masyarakat & ianya ibarat membiarkan anak yg tidak pandai berenang di ombak yg besar.

8) Saya rasa semua pihak rasa bertanggungjawab dalam menangani virus ini, dan sudah semestinya tiada siapa yg menginginkan diri mereka menjadi pesakit yg seterusnya.



Thursday, June 18, 2009

Kepada semua ahli PAS, diharap semua bertenang & tunggu arahan rasmi dari pimpinan


Ketua Penerangan PAS Pusat


SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat


Wednesday, June 17, 2009

Ponteng sekolah : 20 pelajar Jasin terlibat



1) Sedihnya melihat tingkahlaku sebilanga pelajar sekolah yang sanggup menipu diri sendiri... dan kadang2 mereka tidak sedar akan tindakan mereka itu akan merosakkan kehidupan pada masa akan datang.

2) Spertimana dapat diihat dalam Utusan, 20 org pelajar sekolah menengah di Jasin ditangkap kerana ponteng sekolah. Boleh dilihat dari link nie, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

3) Apabila mereka sudah mula bertapak dengan sifat suka ponteng sekolah, ianya memberi suatu petanda buruk akan berlaku. Ianya memberi peluang masalah keruntuhan akhlak berleluasa. Mereka akan terlibat dengan merokok dll...

4) Apakah pihak kerajaan tiada suatu tindakan yg konkrit dalam menangani masalah ini? Kita perlu sedar kepimpinan sekarang akan berakhir tak lama lagi, jadi sudah semestinya memerlukan golongan pelapis tampuk kepimpinan skrg.

5) Disinilah letaknya kepentingan pendidikan, akhlak, maruah, agama mereka yang perlu dititikberatkan... mulai sekarang...

6) Pernah terdengar, Jika nk lihat keadaan suatu negara itu pada 20 tahun akan datang, maka lihatlah keadaan remaja zaman sekarang.

7) Saya juga seorang yg bergelar remaja... Jadi, diri ini rasa terpanggil utk membantu pihak yg berkenaan dalam menangani gejala ini.

Malaysia tersenarai dlm negara yg menyeludup manusia





1) Di dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika (Laporan Penyeludupan Manusia)... Pada tahun 2008, kita berbangga dengan prestasi Malaysia yg dilihat TIDAK TERSENARAI dalam kategori negara-negara yang menyeludup manusia... Akan tetapi, pada tahun 2009, Malaysia adalah antara negara yang DISENARAI dalam kategori negara yang menyeludup manusia.

2) Apakah pihak kerajaan terlepas pandang @ leka dengan kegiatan terkutuk ini...? Apa yg pihak kerajaan fikirkan semasa kegiatan ini semakin berleluasa...? Leka nk capai 1 Malaysia? Cuai dgn masalah dalaman parti? Buat2 lupa masa negara tidak tersenarai? Abaikan isu ini apabila nama negara tidak ada dlm senarai itu?

3) Pihak kerajaan perlu sentiasa memberi komitmen yg tinggi & jitu dalam menangani isu ini. Ianya akan menjejaskan imej negara kita & mungkin lebih teruk ianya akan menjejaskan ekonomi negara kita.

4) Cuba bayangkan senarai negara itu akan diketahui oleh seluruh masyarakat dunia, dan pastinya tanggapan masyarakat akan negatif terhadap Malaysia.

5) Pantauan kegiatan ini perlu lebih hebat walaupun nama negara tidak tersenarai.

6) Ianya sepatut dilihat sebagai salah satu sifat keperimanusiaan. Tidak ada orang layak menjadi insan lain seperti hamba.

7) Negara-negara yg turut tersenarai ialah : Zimbabwe, Sudan, Saudi Arabia, Burma, Papua New Guinea, Fiji, North Korea.

8) Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa.

Monday, June 15, 2009

Persoalan kes kematian tahanan dalam penjara...

1) Kebelakangan ini, banyak berita yg kita dengar mengenai kematian tahanan polis di dalam penjara / lokap.

2) Ianya suatu kejadian yg pelik kerana ianya berlaku semakin kerap. Adakah ianya memang betul semua kejadian itu hanya kebetulan? Adakah ianya memang selalu terjadi? Mengapa baru sekarang nie banyak kejadian ini?

3) Mari kita sama2 meneliti bahan dari pelbagai sumber... Kebelakangan nie, rakyat dah semakin berani menyuarakan kebenaran melalui insan-insan yg berani membantah tindakan pihak berkuasa. Bantahan ini bukan hanya kerana mereka pembangkang, akan tetapi mereka ingin mempertahankan hak & kebenaran setiap individu itu.

4) Bagi mereka yg digelar tahanan polis, mereka juga mempunyai hak. Jadi, ianya tida patut diabaikan. Mereka juga seorang insan yg dicipta oleh Tuhan. Apatah lagi jika tahanan yg belom dijatuhkan hukuman (baru dlm proses siasatan), mereka perlu dilayan dengan cara kemanusiaan. Akan tetapi, sekarang nie pihak polis semakin kejam dalam menjalankan siasatan terhadap suspek @ tahanan polis.

5) Misteri yg terbaru mengenai kematian A Gnanapragasam terbongkar lagi... iaitu pendedahan ketika pertemuan isterinya melawatnya sehari sebelum dia diumumkan meninggal dunia di dalam penjara. Boleh layari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut, http://www.malaysiakini.com/news/106526

6) Kezaliman tidak patut berlaku kpd semua peringkat manusia walaupun mereka bersalah. Ianya bukan hukuman tetapi ianya cuma perasaan marah membara terhadap golongan ini (tahanan).

Speaker Parlimen bertindak dengan terburu-buru



1) Sidang Dewan Rakyat bermula pada hari ini iaitu 15 Jun 2009.

2) Hari ini telah berlangsungnya beberapa perkara yg penting dalam dewan itu :
- YB Ir. Nizar Jamaluddin angkat sumpah sebagai ahli parlimen Bukit Gantang, selepas memenangi pilihanraya kecil pada 7 April.

3) Speaker tidak patut terus menghalau wakil rakyat dengan alasan yg begitu tidak logik. Dihalau kerana melanggar peraturan berpakaian. Disebabkan kesalahan itu, beberapa wakil rakyat dihalau dari sidang dan TIDAK DIBENARKAN MASUK SELAMA 2 HARI...

4) Sebagai speaker yg bertamadun, beliau sepatutnya memberi peluang kpd wakil rakyat yg baru untuk memberikan ucapan kata-kata aluan... Ianya sebagai tanda hormat kpd wakil rakyat bukit gantang.

5) Tindakan menggantung wakil rakyat selama 2 hari disebabkan kesalahan berpakaian MEMANG TIDAK PATUT DIBUAT. Dengan tindakan ini, ianya menyekat wakil rakyat untuk menyampaikan suara rakyat dalam memperbincangkan hal-hal rakyat.

6)Jika dilihat dalam sidang DUN Perak lagi dahsyat, sampai ada orang luar bole masuk dewan, lengkap dengan senjata api. Apakah tindakan kpd mereka...

7) Diharap speaker dapat bertindak dengan sifat berperikemanusiaan & hormat kpd individu.

8) Wakil rakyat yg turut dikenakan tindakan tersebut ialah :
- Nga Kor Ming (Taiping)
- Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas)
- N. Gobalakrishnan (Padang Serai)
- Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena)
- Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kuala Kerai)
- Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

Sunday, June 14, 2009

Tahniah kepada Mahmoud Ahmadinejad... Kekal menjadi Presiden Iran...



1) Proses pengundian telah berlaku semalam… dan Mahmoud Ahmadinejad mendapat peratusan majoriti iaitu 62.63 % undi.

2) Pencabarnya, Mir Hossein Mousavi hanya memperolehi 33.75 % undi sahaja.

3) Ianya memberi makna rakyat Iran masih memerlukan pemimpin yang tetap pendirian, tegas dalam memhadapi musuh & berlembut dalam menghadapi kawan.

4) Proses revolusi Iran masih berjalan dengan lancar walaupun mendapat pelbagai tentangan.

5) Semoga republik Iran akan terus bertahan dengan prinsip yang telah wujud tanpa sebarang tergugat dengan tindakan kejam pihak Barat terutamanya Amerika Syarikat.


 

blogger templates | Make Money Online