Thursday, June 25, 2009

Insyaallah... Akan wujudnya kerajaan yg kukuh melalui Pakatan Rakyat



1) Gabungan Pakatan Rakyat berikrar dan berazam akan terus bekerjasama untuk membentuk kerajaan yang baru dan kukuh selepas PRU ke-13 nanti.

2) Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan terus menjalinkan kerjasama menjatuhkan kerajaan BN.

3) Pakatan Rakyat juga langsung tidak berminat membincangkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.

Wednesday, June 24, 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun 2009



Tarikh : 30 JUN 2009, Selasa.
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium MPPJ, Kelana Jaya.

1) Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

2) Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.


3) Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.


"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.


4) Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.


5) Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.



Tuesday, June 23, 2009

Hari ini = 1 REJAB 1430 Hijrah

1) Hari ini bermulanya suatu bulan yg dimulia... iaitu REJAB...

2) Pelbagai peristiwa telah berlaku dalam bulan ini :
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


3) Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Maqdis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja... ALLAHHU AKBAR...!!!

Firman Allah swt, "
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al Israa : ayat 1).

4) DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

5)
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


6) Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Melakukan puasa sunat sepanjang 3 bulan sehingga bulan ramadhan.
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


7) Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

8) Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

9) Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

10) Sempena bulan Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

11) Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Monday, June 22, 2009

Urusan Rasmi kerajaan = jemputan kahwin anak SUK Kerajaan Melaka...???


1) Sila baca isi kandungan surat dibawah... ianya adalah surat rasmi kerajaan negeri melaka... yg disahkan oleh SUK Kerajaan Negeri Melaka iaitu DATUK WIRA OMAR BIN KASIM...

2) Sekali lihat seperti tiada sebarang kesalahan @ salahlaku... Jika dilihat dengan teliti, ianya adalah surat jemputan ke majlis perkahwinan anak SUK sendiri...

3) Yang menjadi persoalannya, adakah ini salah satu daripada aktiviti rasmi kerajaan melaka? Ianya aktiviti perlancongan? Ianya aktiviti yg dpt menarik minat pelancong? Ianya terkandung dalam senarai aktiviti kerajaan melaka?

4) Segala hal ehwal peribadi exco kerajaan negeri tidak boleh menggunakan nama kerajaan negeri... Ini adalah suatu tindakan PENYALAHGUNAAN KUASA oleh SUK Melaka...

5) Bagaimana ianya boleh terjadi? Ianya bukan dilakukan di kalangan pegawai bawahan, tetapi ianya dilakukan oleh pemimpin kerajaan yg tertinggi... Adakah beliau tidak sedar akan kelakuan beliau yg terkutuk nie? Menyalahgunakan mandat yg diberi oleh rakyat...

6) Sebagai pemimpin rakyat, beliau sepatutnya bertindak lebih professional... dan jauh sekali dengan sikap penyalahguankuasa ini....

7) Diharap pihak SPRM Melaka dapat mengambil tindakan susulan terhadap beliau... ianya sebagai suatu pengajaran yangmana tiada sesiapa yg boleh terlepas dari hukuman...

8) Rakyat Melaka perlu sedar akan hakikat ciri-ciri seorang pemimpin rakyat... dengan adanya sikap adil, amanah, jujur, sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yg diambil...

Sunday, June 21, 2009

Penduduk Manek Urai tidak endahkan kempen umno/bn



1) Pada ketika umno berpecah kepada 2 kumpulan... iaitu kumpulan yg menyokong ketua bahagian sekarang & kumpulan yg menyokong bekas ketua bahagian... Kekuatan penyokong yg sama banyak...

2) Sudah tentu gerakerja juga tidak bergerak dengan lancar... wujudnya pelbagai masalah... adakah umno mampu meraih undi rakyat Manek Urai? Bagaimana cara kempen umno? Berapa perbelanjaan @ wang rakyat yg digunakan untuk kempen umno? dimana setiap kempen berlaku?

3) Semua perkara itu boleh dilihat dari masa ke semasa...

4) Program bersama Timbalan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran... Mewajibkan semua guru Dun Manek Urai hadir... ibubapa pelajar dikerah untuk hadir sama... berpuluh-puluh anggota keselamatan memenuhi kawasan sekolah itu.

5) Perjalanan ke Manek Urai oleh Timb.Presiden umno... diiringi oleh 3 buah helikopter... xpasti helikopter persendirian @hak milik kerajaan... ini merupakan suatu pembaziran wang...

5) Ketika solat di masjid... kononnya niat berjumpa rakyat... tapi... jemaah masjid buat tidak endah kedatangan timb.presiden umno walaupun imam masjid telah mengumumkan kehadiran timb.presiden umno sejurus habis solat... sekali lagi berpuluh-puluh anggota keselamatan memenuhi kawasan masjid itu... dilihat seperti zon perang...

6) Khemah-khemah pihak polis didirikan bak cendawan tumbuh musim hujan... wujud di pelbagai kawasan... kononnya menjaga keselamatan rakyat... tapi sebenarnya menjaga keselamatan pekerja umno dalam kempen... ini satu lagi bentuk pembaziran...

7) Sedangkan jika dilihat semasa program forum perdana anjuran kerajaan negeri... dihadiri oleh Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.. ahli parlimen shah alam, Ir.Khalid Samad.. ahli parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli... program ini berjaya menarik perhatian rakyat manek urai tanpa sebarang paksaan @ arahan...

8) Terlalu banyak pembaziran wang @ tenaga digunakan oleh umno semasa berkempen... sampai sanggup gunakan 3 buah helikopter mengiringi... gunakan tenaga polis utk kepentingan umno... dan bermacam2 lagi kaedah kempen yg tidak logik dibuat oleh umno...

9) Insyaallah rakyat manek urai tidak mudah dipancing @ dipengaruhi oleh pemerintah yg zalim & tidak adil... Dan juga, rakyat Malaysia semakin mengenali siapa yg berada pada landasan yg benar & landasan yg salah... rakyat Malaysia tidak mudah diperdaya dengan pelbagai sogokan...

Pastikan kemenangan PAS di DUN Manek Urai...


 

blogger templates | Make Money Online