Friday, July 3, 2009

Press Statement oleh DAP & PAS Melaka mengenai serangan ganas Pemuda Umno Melaka

1) Press Statement berlaku pada jam 10.30 pagi di Pejabat DAP, Lorong Pandan... dihadiri oleh 7 org wakil DAP (termasuk 4 org ADUN DAP) & 5 org wakil PAS (Ketua Pemuda PAS Melaka, 3 Exco Pemuda PAS Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil).

2) Pihak Pakatan Rakyat telah sepakat menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan kempen pendaftaran pemilih... Dan juga mengajak pihak Umno juga bertindak sedemikian.

3) Kempen ini akan dijalankan setiap hari... matlamat kempen ini adalah semata-mata untuk meramaikan pengundi pada PRU akan datang... Dan ditegaskan bahawa TIADA SEBARANG PENDAFTARAN AHLI PARTI POLITIK SAMADA DAP @ PAS... Ianya cuma ADA PENDAFTARAN PENGUNDI BARU... yang mana ada surat pengesahan sebagai penolong pendaftar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

4) Pihak PR juga kecewa dengan tindakan pemuda Umno itu... berpolitik sehingga merbahayakan penduduk setempat.


Insyaallah akan disusuli dengan video dari press statement ini. Boleh dilihat dalam blog DPPKBK :Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Majlis Sidang Akhbar Isu Serangan Pemuda UMNO Terhadap Pakatan Rakyat

*** Tindakan samseng UMNO Melaka telah dilihat oleh rakyat semasa Ketua Pemuda PAS Melaka menghantar memorandum kpd Ali Rustam (himpunan mendesak Ali Rustam letak jawatan atas sebab terlibat dalam aktiviti politik wang perhimpunan Umno). Beliau telah dikepung oleh sekumpulan pemuda UMNO & disepak terajang, tapi alhamdulillah ketika itu beliau berada di dalam kereta.

KEBENARAN AKAN MENANG... KEJAHATAN AKAN KECUNDANG...

Thursday, July 2, 2009

Pemuda UMNO Bukit Katil tunjuk samseng di pasar malam Melaka Baru

*** jam 10.30 pg --- Press Statement dari ADUN DAP & Pimpinan PAS... di Pejabat DAP Melaka.... Nanti maklumat terbaru bersama dengan video. Rakyat boleh meneliti bagaimana sikap para penyokong kepada pihak pembangkang.

Suasana tenang sebelum kejadian ganas pemuda Umno... ramai penduduk tempatan yg dtg mendaftar & mengucapkan terima kasih krn sanggup turun padang utk mendaftar pengundi baru.


4 ADUN DAP menunjukkan meja pendaftaran
yg telah dirosakkan oleh pemuda UMNO

1) Semalam pihak penolong pendaftar pemilih telah buka kaunter pendaftaran untuk para rakyat yg belom mendaftar sebagai pengundi di tapak pasar malam Taman Melaka Baru.

2) Pembukaan kaunter ini telah berjalan sejak kebelakangan ini, yg telah dikelolai oleh pihak DAP & PAS Melaka. Ianya bermula pada jam 6.15 ptg. Tanpa sebarang gangguan, malah mendapat sambutan yg hangat dari penduduk setempat.

3) Selepas 5 minit, kami mula open table... kami berbincang dgn pihak MBMB. Ada pihak yg tidak puas hati dgn pembukaan kaunter itu. Kononnya kami dtg dgn tujuan memancing undi, sedangkan ianya memudahkan rakyat mendaftar sebagai pengundi.

4) Bermula dari jam 6.45 ptg, sekumpulan manusia telah mula berkumpul di suatu sudut sambil memerhatikan kaunter kami dengan perasaan penuh kebencian & dendam... Ntah apa salah kami pun xtau... Tak ganggu kehidupan mereka pun... Kaunter kami dibuka dalam halaman rumah penduduk situ, yangmana telah diberi kebenaran untuk menggunakan ruang itu.



5) Jam 8.15 mlm, kami telah didatangi oleh insan yg menggelarkan dirinya sebagai KETUA PEMUDA UMNO PARLIMEN BUKIT KATIL (berkaca mata, baju hitam, seluar hitam)... Dengan nada yg tidak beradab, beliau meyuarakan perkara-perkara yg tidak disenangi oleh penduduk setempat, ygmana seperti ingin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Memaki hamun polis... Menjerit-jerit... Menghina org lain... Perilakunya tidak seperti seorang ketua yg bagus utk diteladani.

6) Tepat jam 8.30 mlm, kumpulan samseng (pemuda UMNO) telah menggempurkan kaunter kami dengan tingkahlaku yg sangat ganas & liar..... Mengasak kami... Menendang kami... Memukul dengan cota... Kumpulan ini menpunyai kekuatan dalam 40 org yg terdiri daripada golongan muda, semangat mereka telah disemarakkan oleh ketua mereka tadi.

7) Dalam keadaan yg kelam-kabut itu, samseng UMNO telah menarik seorang remaja cina yg melihat pertengkaran itu. Remaja itu rebah dalam kumpulan samseng itu, dan dibelasah oleh 7 org pemuda.

8) Alhamdulillah... Pergaduhan itu dileraikan oleh SB... yg telah kelihatan dari ptg tadi lagi...

9) Pihak kami tidak berbuat sebarang serangan walaupun kami mampu... Pihak pimpinan PAS & DAP berjaya menenangkan para penyokong supaya tidak membalas sebarang serangan samseng itu. Jika nk diikutkan nafsu, sudah tentu kami pun boleh belasah mereka.... Tapi budaya belasah-membelasah bukanlah adab yg telah diajar dalam tarbiah Islam, dan sudah tentu ianya juga bukan adab sesama manusia ygmana ianya difahami oleh rakan DAP.

10) Penduduk setempat kecewa dengan tindakan samseng UMNO yg mengganggu sumber rezeki dari penjualan pasar malam itu. Terpaksa menutup kedai awal... Bahan jualan bersepah... Meja jualan pecah...

Keadaan kaunter pendaftaran yg telah dirosakkan oleh pemuda UMNO


Meja yg digunakan oleh pendaftar pemilih


Banting rosak akibat diterajang oleh samseng UMNO

Link ke BLOG DPPKBK :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil: Kronologi Peristiwa 'Keganasan' Pemuda Umno


Wednesday, July 1, 2009

WACANA ILMIAH TERBUKA : Pemuda PAS Pusat tiada sebarang kerjasama dengan UMNO

Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Dewan Pemuda PAS menafikan laporan kerjasama dengan Umno berkaitan jemputan Wacana Ilmiah Terbuka terhadap pergerakan Pemuda Umno Malaysia:


Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.


2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.


3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.


4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.


Sekian.


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat di Manek Urai

1) Himpunan ini adalah untuk menjelaskan beberapa isu tempatan & nasional kepada semua disamping menjawab segala tohmahan & fitnah dari UMNO/BN.

2) Matlamat utamanya juga adalah untuk membangkitkan semangat perjuangan kepada para petugas Pakatan Rakyat di Manek Urai.

3) Diharap semua rakyat tanpa mengira umur dapat hadir bagi mendapatkan manklumat terbaru mengenai bermacam-macam perkara.

4) Bagi semua blogger, boleh sebarkan seluas mungkin...

AYUH..... BERSEGERA KITA...

Monday, June 29, 2009

Royalti minyak... Diskriminasi antara Terengganu dan Kelantan,..

1) Kerajaan negeri Kelantan akan menggunakan saluran diplomasi & politik bagi menuntut hak rakyat kelantan... dalam tuntutan royalti minyak.

2) Kerajaan negeri Terengganu perolehi royalti minyak.... kedudukan pelantar minyak ialah 220 km... MENERIMA ROYALTI MINYAK DARI KERAJAAN PUSAT.

3) Kerajaan negeri Kelantan tidak perolehi royalti minyak... kedudukan pelantar minyak ialah 170 km... TIDAK MENERIMA ROYALTI MINYAK DARI KERAJAAN PUSAT...

4) Pelantar minyak di Kelantan dinamakan dengan nama bahasa melayu iaitu Bunga Raya, Cakerawala, Bintang... Ianya dimiliki oleh syarikat Malaysia.

5) Sepatutnya pihak kerajaan pusat tidak menafikan hak kerajaan negeri Kelantan walaupun dimiliki oleh kerajaan PAS... Ianya bukan milik PAS tetapi ianya adalah milik rakyat Kelantan sendiri... Royalti yg diminta oleh kerajaan PAS adalah untuk kegunaan rakyat Kelantan.

6) Tidak akan berjaya konsep 1Malaysia jika perkara seperti ini masih berlaku... Masih ada lagi diskriminasi terhadap golongan tertentu terutamanya Pakatan Rakyat.

7) Wahai kerajaan pusat... cubalah didik hati dengan sikap adil saksama... diulang lagi, ianya bukan untuk kepentingan PAS... Ianya adalah untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT KELANTAN..


Sunday, June 28, 2009

Calon PAS di PRK Manek Urai... Fauzi Abdullah...



1) Calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai ialah Haji Mohd Fauzi Abdullah, 5o tahun.

2) Beliau bergiat dalam PAS sebagai Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil & Bendahari PAS Kuala Krai.'

3) Beliau bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai... Kehidupan beliau hampir sama sepertimana kehidupan Allayarham Haji Ismail Yaakob... mempunyai pergaulan yang luas tanpa mengira fahaman politik.

4) Beliau merupakan anak tempatan yg sentiasa mengikuti perkembangan kehidupan masyarakat Manek Urai. Masyarakat mudah menjumpai beliau seperti di kedai-kedai & warong. Majoriti penduduk Manek Urai mengenali beliau sebagai seorang yg mudah mesra & berjiwa rakyat.

5) Maklumat lanjut mengenai pilihanraya kecil Manek Urai... lawati http://prkn41.pas.org.my/index.php

Sila lihat video semasa pengumunan calon PAS Manek Urai oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...
http://www.youtube.com/watch?v=hOIBfrhAD8k
http://www.youtube.com/watch?v=Dm-X42bEUiY&feature=related




 

blogger templates | Make Money Online