Friday, July 10, 2009

Manek Urai : Solat Hajat & Puasa Sunat pada 12 Julai (Ahad)



1) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

2) Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.


3) Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.


Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira.


Thursday, July 9, 2009

Pengharaman kasino & judi di RUSIA... Bila lagi kerajaan Malaysia akan bertindak?

Salah satu kasino terbesar di Malaysia...


1) Kerajaan Rusia telah mengharamkan kegiatan perjudian & kasino... Sedangkan Rusia tidak pernah mengisytiharkan agama rasmi negara ialah agama Islam.

2) Jika dilihat negara Malaysia, dari dulu sehingga kini kerajaan BN tetap mengisytiharkan agama rasmi negara Malaysia ialah agama Islam.

3) Apakah rasionalnya Rusia mampu mengharamkan kegiatan perjudian? Kenapakah kerajaan Malaysia masih lagi memberi kelulusan kegiatan perjudian?

4) Jika agama Islam diiktirafkan sebagai agama rasmi negara, sepatutnya telah terlaksananya hukum-hukum Islam yg mana memberi faedah kepada semua masyarakat, bukannya untuk umat Islam.

4) Kerajaan Rusia juga sedar akan bahaya perluasan kegiatan perjudian ini, bukannya diharamkan atas dasar hukum agama mereka. Pengharaman kegiatan perjudian dilakukan berdasarkan logik akal yang dapat diterima umum termasuk non-muslim.

5) Itulah indahnya syariat Islam, semua hukum yg ditetapkan adalah untuk kebaikan manusia.

6) Kerajaan Malaysia patut sedar akan kesilapan yg telah dibuat selama berpuluh-puluh tahun ini, sehingga ada komen dari pelancong, "Malaysia ada kasino terbesar dengan penyediaan tempat yg begitu selesa"..... Salah satu luahan pelancong luar negara ketika bermain kasino di Genting, http://shahaab.wordpress.com/2008/12/04/how-i-made-2000-usd-in-day-genting-casino/

7) Merebaknya kegiatan perjudiaan ini akan mencalarkan lagi maruah negara...

Kemudahan kasino yang lengkap...

Kegiatan perjudian semakin berleluasa di Malaysia

* Boleh baca melalui Utusan, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Wednesday, July 8, 2009

Dimana peranan Malaysia dalam isu penganiayaan terhadap umat Islam di China


1) Sepertimana yg diketahui umum, beratus org Islam telah dianiaya di China... boleh lihat dari pelbagai surat khabar, media dll.

2) Dan juga, baru-baru nie PM Malaysia, Najib telah mengadakan kunjungan hormat kpd kerajaan China... Berdasarkan pernyataan Najib, kesan daripada pertemuan itu ialah telah wujudnya suatu ikatan yang kuat dalam pelbagai sektor.

3) Maka, apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam isu penganiayaan umat Islam di China? Masih berbincang untuk tindakan? Masih menunggu masa yang sesuai? @ tidak ada sebarang tindakan? @ kerajaan Malaysia tidak boleh berbicara dalam isu berkenaan?

4) Kami sebagai pemuda PAS berasa terkilan & kesal jika pihak kerajaan masih berdiam diri dalam isu ini, sampai bila kita nk biarkan saudara seagama dengan kita dianiaya... Mereka juga mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dengan aman & sejahtera.

5) Kerajaan Malaysia perlu bertindak selaraskan dengan apa yang kita telah persetujui dalam pertemuan dulu, yangmana pihak kerajaan boleh melontarkan komen @ cadangan demi kebaikan semua pihak.


ETNIK Han China yang bersenjatakan kayu merempuh kawalan pasukan keselamatan
untuk menyerang kaum minoriti Islam Uighur di Urumqi, wilayah Xinjiang, China



Suasana di wilayah Xinjiang, China

Tuesday, July 7, 2009

Tahniah kepada rakyat Jasin & Bekas Komando

Lori sedang meratakan tanah


1) Alhamdulillah dilafazkan apabila terbaca berita mengenai perkembangan rakyat Melaka kebelakangan ini... Umno tidak mudah dapat menipu rakyat yang sedang mengalami zaman perubahan yang drastik ini.

2) Dilihat dalam Harakahdaily yg bertajuk, "80 ahli Umno cawangan Pondok Kempas keluar parti"... Apakah punca mereka berani bertindak sedemikian? Mereka membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduknya kaum Melayu.

3) Mereka telah mengadakan beberapa siri bantahan umum di sekitar Melaka, tetapi hasilnya... mereka dilabelkan sebagai penyokong Pakatan Rakyat, diugut untuk ditarik balik bantuan kerajaan dan akan ditangkap polis... Inilah hasil perjuangan nasib rakyat walaupun mereke mendaftar sebagai ahli Umno. Mereka ini juga telah bersusah-payah dalam memenangkan Umno dalam semua pilihanraya.

4) Sepanjang proses bantahan umum itu, TIDAK PERNAH HADIR seorang pimpinan Umno, wakil rakyat @ pihak kerajaan negeri dalam membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Malah buat-buat tak tahu je.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21604&Itemid=50




1) Mari kita susuli kes mahkamah seorang bekas komando... "Bekas komando menang saman terhadap Kerajaan Malaysia "....

2) Beliau telah dilucutkan segala hak & keistimewaan yang telah dimiliki beliau sepanjang berkhidmat dalam tentera... Elaun komando dipotong... 'Bere Hijau Komando" dilucutkan...

3) Beliau telah didakwa membantu kempen PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004. Beliau memberanikan diri untuk memfailkan kes tersebut di mahkamah & akhirnya beliau menang perbicaraan tersebut.

4) Kata beliau, "Alhamdulillah kini saya bersyukur kerana hak dan maruah saya telah dikembalikan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya sahabat saya Zabidin Sulaiman yang banyak membantu sokongan moral dan sebagainya"...

5) Sila layari harakhdaily untuk dapatkan info lanjut, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21601&Itemid=50

Monday, July 6, 2009

Buku "Islam Adil Untuk Semua", ditulis oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)


1) Semalam Tuan Guru telah merasmikan majlis pelancaran buku tulisan beliau yang terbaru iaitu 'Islam Adil Untuk Semua'. Semasa Majlis Ceramah Perdana yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di pekarangan Masjid Rusila, Marang.

2) Pengisian buku ini adalah untuk menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

3) Kenyataan Tuan Guru ialah :
" Keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana
dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

4) Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

5) Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'", jelas Tuan Guru.

6) Kata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama.

Ianya, ,merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Image

Sunday, July 5, 2009

Manek Urai : Golongan belia menyokong penuh PAS & Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Program Konvoi Bermotor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai


1) Perkara ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, Ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.


2) Setiap Unit Peti Undi(UPU) telah menghantar seramai 30 orang peserta yang usianya mencecah 21 tahun ke atas dan mereka termasuk dari kelab kereta nasional, motosikal klasik dan motosikal berkuasa tinggi.


3) Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Dalam ucapan perasmiannya, beliau percaya dan yakin bahawa golongan muda hanya mahukan PAS dan Pakatan Rakyat mengembalikan kegemilangan negara setelah dihancurkan oleh BN dengan pelbagai penyelewengan.


4) Tambah beliau lagi, dengan melihat kehadiran anak muda yang begitu ramai pada pagi tadi, ini menunjukkan bahawa golongan beliau lebih yakin dengan kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Walaupun BN menyembunyikan segala kepincangan yang berlaku namun rakyat terutamanya golongan belia mudah menghidu kerana teknologi maklumat sekarang semakin canggih," katanya.


5) Konvoi bermotor tersebut melalui Kampung Peria, Sungai Sok, Chuchuh Puteri, Lata Rek, Laloh dan berakhir di Manek Urai.



6) Antara tetamu yang turut hadir : calon PAS DUN Manek Urai iaitu Saudara Fauzi Abdullah, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.


7) Golongan belia merupakan 45.5 % atau 5,598 orang daripada 12,293 pengundi di Dun Manek Urai. Manakala pengundi berumur 40 - 59 tahun seramai 4,511 orang.



Bergambar semasa perlawanan bola sepak antara pasukan Belia Manek Urai (Belia MU)
dengan Veteran Kelantan yang terdiri di kalangan bekas pemain Kelantan dan Malaysia.



Pemain kedua-dua pasukan melepaskan belon yang bercetak lambang PAS sebagai simbolik kesediaan mereka mengekalkan kemenangan PAS di Manek Urai 14 Julai ini.




 

blogger templates | Make Money Online