Saturday, July 18, 2009

Kempen Pemansuhan ISA dipersetujui oleh Gerakan & Pak Lah sendri


1) Kenyataan Pak Lah ; "Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini. Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan."....






2) Kenyataan ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong ;
"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," .....

3) Keputusan Gerakan telah dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan. Beliau juga berkata beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.


Rakyat Malaysia mahukan keamanan & keadilan kepada semua pihak.

4) Jika pihak kerajaan merasakan individu itu mengancam masyarakat, maka individu MESTI dibawa ke muka pengadilan. Bukannya menahan individu atas dasar tertuduh tanpa sebarang perbicaraan.

5) Setiap tertuduh berhak membela diri di mahkamah... Jika benar-benar bersalah, maka hakim akan menjatuhkan hukuman yg setimpal.

6) Kewujudan ISA adalah salah satu bentuk kezaliman yg dilakukan oleh kerajaan BN selama berpuluh-puluh tahun... dengan kawalan maklumat mengenai tangkapan.... dengan kawalan media menyampaikan kpd masyarakat... Maka, tangkapan ISA semakin berleluasa.

Friday, July 17, 2009

SPRM bertanggungjawab terhadap kematian misteri Teo Beng Hock


1) Kes kematian misteri Teo telah menjadi topik perbualan rakyat semenjak semalam lagi. Kejadian ini berlaku selepas beliau telah di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

2) PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

3) Banyak aduan telah dibuat terhadap tindakan kekerasan pihak SPRM semasa menjalankan soal siasat... Contohnya pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.

4) Imej SPRM telah lama tercalar, cuma kebanyakan kes telah berjaya di"bisu"kan oleh media kerajaan. Perbuatan tidak bermoral ini telah diamalkan semenjak awal lagi, bukannya baru bermula tahun lepas @ 2 tahun lepas.

5) Diharap pihak SPRM dapat memberikan kerjasama penuh dengan keikhlasan dalam menyelesaikan kes ini, disamping itu dapat memulihkan imej SPRM.

6) Tiada ertinya setakat tukar nama kepada suruhanjaya pencegahan jika kelakuannya masih sama sepertimana dinamakan as badan pencegah rasuah...

7) Peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM pada hari tersebut berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan. Ditambah pula, sepatutnya beliau mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Jadi, dengan jelas tiada unsur membunuh diri.

8) Jika kes ini tidak diselesaikan dengan telus & jujur, rakyat akan menjadi takut untuk berurusan dengan pihak SPRM dan kemungkinan menjejaskan kredibiliti institusi penguatkuasaan kerajaan.

7) Pihak Pemuda PAS Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang & tunang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau.


Majlis Peguam & 16 NGO mendesak suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat kes kematian Teo Beng Hock

Thursday, July 16, 2009

Niat jahat Utusan dalam mengulas kes kematian S/U Politik Exco Selangor


1) Dilihat dari Utusan yg bertarikh hari ini (17 Julai), tajuk kes ini dipaparkan dengan tanda tanya yg begitu mencurigakan sehingga boleh menimbulkan persoalan di benak fikiran pembaca.

2) Sehingga ada yang menganggap beliau sengaja melompat dengan tujuan membunuh diri. Ini adalah suatu tanggapan yg sangat negatif, ygmana tanggapan ini wujud apabila persoalan yg ditimbulkan oleh pihak Utusan.

3) Bagaimana beliau boleh tergaman untuk membunuh diri...??? Padahal beliau akan mendaftarkan perkahwinan beliau pada esok hari. Tidak logik seorang yang akan berkahwin esok hari akan bunuh diri sedangkan perkahwinan itu dirancang oleh beliau sendiri.

4) Pihak Pemuda PAS Melaka mendesak pihak kerajaan menubuhkan SURUHANJAYA BEBAS untuk menyiasat punca kematian beliau.

5) Tragedi ini merupakan kejadian yg mengejutkan semua pihak... punca kejadian, bagaimana boleh berlaku di pejabat SPRM...

6) Semoga roh beliau berada dalam keadaan yang tenang dan sejahtera.

PEWARIS : Sebut nama Allah tapi pertahan ISA?


Sebuah pertubuhan yang digelar Pewaris telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA.


Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan ‘Yes To ISA’. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimah ‘Allahu Akbar’ dilaungkan.



Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu.


Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan ‘Water Canon’ jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu.


Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja. Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan bersuara lantang menyebut nama ‘Allah’ diselang selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA.


Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut beserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf daripada Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini.


Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.


*** Dipetik dari sumber laman web rasmi Himpunan Mansuhkan ISA, http://himpunanmansuhisa.wordpress.com





Tuesday, July 14, 2009

Alhamdulillah, kebenaran terbukti dengan kemenangan PAS





1) Alhamdulillah, kebenaran tetap berpihak kepada PAS.

2) Walaupun majoriti agak sikit, as pendokong PAS... Kita patut menadah tangan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pertolongan dari Allah swt dalam memenangkan PAS.

3) Jika dilihat dari strategi, Umno telah menggunakan pelbagai taktik kotor & keji ;
- memberikan RM300 kepada rakyat untuk mengundi calon BN.
- provokosi dari pihak Umno.
- banyaknya aktiviti politik wang.
- wujudnya unsur-unsur kegiatan rasuah dari pemimpin tertinggi BN.
- dan bermacam-macam lagi.

4) Pengurangan majoriti bukanlah suatu kemenangan buat BN, tetapi ianya adalah bukti penyelewangan & penipuan yg telah dilakukan oleh pihak Umno.

5) Wujudnya pengagihan wang dengan tujuan menarik undi, boleh dilihat dalam media http://www.malaysiakini.com/news/108448


6) Dengan pelbagai taktik jahat dilakukan oleh Umno, kemenangan tetap berpihak kepada PAS. Kita perlu yakin bahawa kebenaran pasti akan datang...

7) Yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah kerajaan pusat @ BN akan terus meminggirkan rakyat Manek Urai selepas kekalahan Umno? Dimana janji-janji manis mengenai pembangunan untuk rakyat Manek Urai?

8) As Pemuda PAS, kami mendesak kerajaan BN menunaikan janji-janji mereka untuk rakyat Manek Urai. Kerajaan Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, bukan hanya untuk rakyat BN je. Jika perkara diskriminasi ini masih berlaku, dimana letaknya slogan 1Malaysia yg diwar-warkan itu. Sebagai seorang pemimpin, TIDAK PATUT ada sifat meminggirkan kaum yg lain, semua perkara berjalan dengan adil & saksama.

9) Wahai pemimpin BN, janganlah kamu semua menjadi pemimpin yang zalim... Jalankanlah kepimpinan dengan mengikut contoh Rasulullah saw. Tiada kepimpinan yg terbaik melebihi daripada kepimpinan Rasulullah... adanya sifat adil, jujur, amanah, bertanggungjawab...


Sunday, July 12, 2009

Manek Urai : Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia) menunjukkan sikap rasuah secara terang & jelas...


1) Kenyataan TPM, ""Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi "....................... boleh lihat Malaysiakini 13 July (http://www.malaysiakini.com/news/108328)... dan juga boleh lihat di Youtube Malaysiakini (sebelah Post ini)...

2) Inilah yang diamalkan oleh kerajaan BN selama berpuluh-puluh tahun memerintah negara... apabila tiba musim pilihanraya umum @ kecik, BN akan menyatakan pelbagai janji... Ianya sekadar janji kosong, tiada sebarang bukti secara hitam putih.

3) Adakah bertepatan dengan slogan "1Malaysia"...? Nie yg dikehendaki oleh kerajaan BN dalam mentadbir negara... 1Malaysia hanya untuk sesiapa yg menyokong BN sahaja. Tiada sebarang kaitan kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

4) Mesej yg jelas & terang dilontar oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam memenangi PRK Manek Urai ini... Masih tiada sebarang perubahan sikap... Masih lagi suka memperbodohkan rakyat dengan pembangunan khayalan sahaja.

5) Kita boleh lihat pelbagai bukti mengenai perkara ini... contohnya, kerajaan negeri Kedah telah bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti belia tetapi TIADA SEBARANG SOKONGAN DARI PIHAK KERAJAAN PUSAT... Kerajaan pusat hanya menyerahkan kertas kerja aktiviti tanpa sebarang menyalurkan kos pembiayaan aktiviti..... Yang lebih menghairankan, semasa negeri Kedah dikuasai oleh kerajaan BN, pelbagai aktiviti ditampung oleh kerajaan pusat & diberi sokongan penuh dalam menjayakan sebarang aktiviti.

6) Jika nak dilihat dari keikhlasan kerajaan BN, mengapa kerajaan BN menyekat & menafikan hak rakyat Kelantan dalam menerima royalti minyak...? Diajak berdebat tapi tiada sebarang jawapan... Didesak supaya bentang kertas jawapan kepada tuntutan kerajaan negeri tapi masih berdiam diri... Penafian hak rakyat ini amat amat TIDAK DAPAT DIMAAFKAN...



7) Walaupun pihak BN telah menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam menjayakan kempen (Jab.Kesihatan, IPT, )... Insyaallah jentera PAS akan berusaha dengan bersungguh-sungguh menentang kaum yang zalim nie...



8) Semoga rakyat Manek Urai dapat melihat kebenaran... dan para petugas PAS dapat bekerja keras dalam memperjelaskan sikap BN yg sebenar. Moga-moga rakyat tidak ditipu oleh BN... Rakyat bukanlah boneka @ patung yang mudah ditipu... Rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan siapa pemimpin mereka.

9) Sikap jujur, telus dan beramanah adalah sangat sangat sangat penting dalam diri seorang pemimpin... Dan insyaallah sikap itu berjaya dizahirkan oleh calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR KEMENANGAN PAS DI PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI ESOK... AMEEN... AMEEN... AMEEN...


 

blogger templates | Make Money Online