Friday, July 24, 2009

Pro-ISA sengaja ingin mencetuskan keadaan huru-hara pada 1 Ogos

Ibrahim Ali (pakar lompat parti=mudah lupa diri) selaku pengerusi Perkasa

1) Pewaris bersama beberapa NGO lain (Perkasa dll) akan menyertai himpunan menyokong ISA... Dengan niat hendak mencetuskan keadaan yg huru-hara...

2) Pelbagai tanda tanya mengenai hasrat mereka untuk berhimpun pada tarikh yg sama, masa yg sama & tempat yg dituju juga sama...

3) Baru beberapa hari mereka mengumumkan untuk berhimpun sokong ISA, mereka sudah menyatakan bahawa akan berlaku keadaan huru-hara... Sedangkan penganjur himpunan Mansuhkan ISA iaitu GMI tidak pernah membayangkan keadaaa huru-hara akan berlaku.

4) Kenyataan GMI disokong lagi dengan pengalaman menyertai beberapa himpunan bersama Pakatan Rakyat (BERSIH, PROTES Minyak, Bantah PPSMI dll)... Dan juga, insyaallah himpunan Mansuhkan ISA akan dikawal oleh Unit Amal dengan kekuatan 1000 ORANG.

5) Jadi, para peserta himpunan Mansuhkan ISA tidak perlu khuatir akan keselamatan mereka, asalkan sentiasa ikuti taklimat keselamatan dari pihak penganjur. Dan cuba elakkan sebarang provokasi dari semua pihak.

6) Pihak GMI juga yakin bahawa jumlah bilangan peserta Himpunan Mansuhkan ISA jauh berbeza berbanding penyokong ISA.





Thursday, July 23, 2009

Ooo... Utusan... Media Umno... Wartawan Mogok...


1) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu menyambut ulang tahun dengan makan malam untuk memperingati genap setahun kegagalannya mematerai perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.

2) Program makan malam bersama 300 ahlinya itu dimanfaatkan bagi memberikan penerangan berhubung perkembangan tuntutan mereka yang masih berlarutan sejak CA sebelumnya tamat 31 Julai tahun lalu.

"Pengerusi NUJ Utusan (Amran Ahmad) akan berucap pada malam itu," kata pengurus program tersebut, Baharuddin Yaakob, yang juga naib pengerusi kesatuan.

3) Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011 :
- pelarasan gaji sebanyak 10 peratus
- kenaikan gaji tahunan RM5
- tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50
- pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.

4) Majlis Makan Malam akan dimulakan pada jam 8 malam di kawasan tempat letak kenderaan di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd di Jalan Chan Sow Lin, Cheras. Turut diundang ialah beberapa mantan pengerusi NUJ Utusan & penampilan khas bekas ketua pengarangnya, Said Zahari – yang terkenal kerana memimpin "mogok Utusan" pada 1961 kerana menentang pengambilalihan akhbar itu oleh Umno.

5) Said, yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun di Singapura, kini sering uzur dan menghabiskan banyak masa di rumah anaknya di Subang Jaya, Selangor.

6) Susulan kebuntuan untuk mencapai kata sepakat dalam rundingan CA, NUJ Utusan cuba menarik perhatian pemimpin Umno – sebagai pemilik utama akhbar itu – melalui kiriman surat kepada menteri-menterinya. Tanpa respon dari semua pimpinan termasuk Pak Lah sendiri.

7) Sehubungan itu, bersempena perhimpunan agung Umno pada penghujung Mac lalu, kesatuan tersebut ingin berpiket di luar dewan persidangan parti di PWTC dengan alasan tindakan sedemikian "medan komunikasi berkesan" untuk menyuarakan permintaan mereka. Bagaimanapun, ia dibatalkan kerana gagal mendapat permit polis.

8) Terbaru, pada 20 Jun lalu, kesatuan tersebut mengadukan perkara itu kepada :
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang (foto kiri).
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemui di Pagoh, Johor pada bulan Mei lalu.

9) Konflik antara kesatuan dan Utusan Melayu terus berpanjangan apabila Amran diberikan surat tunjuk sebab atas dakwaan "menfitnah" majikannya selepas membuat dua aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April dan Jun lalu.

10) Kesatuan itu mewakili wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Seruan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengenai kehadiran di Himpunan Mansuhkan ISA 1 OGOS


1) Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru seluruh rakyat dan ahli-ahli PAS bersama-sama pejuang memansuhkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos.

2) Sebagai Komander perhimpunan MANSUH, beliau menyeru agar ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat turut berdemonstrasi secara aman pada hari tersebut dengan memakai baju merah dan hitam.

"Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia yang prihatin beramai-ramai turun untuk berdemonstrasi secara aman dan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos nanti tanda bantahan terhadap akta zalim ISA.

"Akta rimba ini sudah tidak sesuai lagi digunakan dan ia juga satu tanda kezaliman BN yang menggunakan akta ini kepentingan plitik mereka," tegas beliau.

3) Tegas beliau lagi, demonstarsi ini diadakan sebagai tanda bantahan terhadap akta ISA dan menuntut agar mereka yang masih ditahan supaya dibebaskan dengan segera.

4) Perhimpunan MANSUH anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dijadualkan diadakan pada 1 Ogos nanti bermula pada pukul 2.00 petang dari beberapa tempat sebelum berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada pihak istana menuntut supaya akta itu dimansuhkan. - mns_


Wednesday, July 22, 2009

Jahilnya PEWARIS mengenai ISA...


Video yg dirakam pada tahun lepas, 2008

1) Semalam PEWARIS & beberapa NGO buat keputusan untuk berdemonstrasi ke Istana Negara pada 1 Ogos..... Sama dengan tarikh Himpunan Mansuhkan ISA.... Kononnya ianya berlaku secara kebetulan.

2) Pihak GMI mencadangkan PEWARIS menggunakan "laluan yg lain", bererti guna tarikh lain @ destinasi yg lain. Ini adalah utk mengelakkan pertembungan kedua-dua kumpulan.

3) Pada Nov 2008, pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mencabar Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, Dato’ Dr Maamor Osman yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Akta drakonian itu.

“Mungkin maklumat tersebut tidak tepat, hanya mendapat info daripada sebelah pihak sahaja. Sepatutnya mereka kena pergi bertemu sendiri dengan tahanan ISA dan keluarga mereka,” katanya.

Tambahnya, Pewaris perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu kes sebelum mengenakan tindakan ISA bagi menjamin keadilan dan hak semua bangsa terpelihara.

“Saya juga sedih dengan penglibatan Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dalam Pewaris yang memperjuangkan isu yang menindas masyarakat umum melalui akta yang zalim ini,” katanya.

Dalam Islam, tidak ada sesiapa yang bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah yakni menerusi siasatan dan perbicaraan bagi memberikan haknya untuk seseorang membela diri, kata Syed Ibrahim.

Terdahulu, Maamor yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat.

“ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam. Image
Selepas mesyuarat itu, Maamor dan 100 anggota Pewaris berarak dari Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak menuju ke Balai Polis Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.

Maamor bagaimanapun enggan memberikan nama-nama individu yang didakwa mereka memainkan isu perkauman yang dinyatakan dalam laporan polis itu.

Dilaporkan kekecohan juga tercetus pada awal perhimpunan apabila peserta perhimpunan bertindak memukul beberapa individu yang lalu lalang di kawasan perhimpunan iaitu di Wisma Sejarah.

Pihak polis didakwa hanya duduk berehat di perkarangan jalan bangunan Bernama yang terletak berhampiran bangunan Wisma sejarah itu.

Insiden tersebut menimbulkan rasa kurang senang apatah lagi sepanduk dan kain rentang yang dipamerkan menyebabkan mereka yang melalui kawasan tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sesuai. Image

Antara kata-kata pada sepanduk tersebut yang mengundang provokasi adalah ‘Bubarkan Majlis peguam’, ‘Yes to ISA’, ‘bebaskan Dato’ Ahmad Ismail’ dan ‘tanah Malaysia tidak perlukan babi import sahaja babi daripada luar’.

Selain itu turut kelihatan sepanduk ‘pengkid haram : bukan Islam jangan masuk campur hal Islam’, ‘jangan sentuh ketuanan melayu’, ’surau dan masjid dirobohkan atas kesan pembangunan – kenapa kuil tidak?’ dan jangan gadaikan maruah melayu demi kepentingan politik peribadi.

Terdapat juga sebuah kain rentang yang paling besar berbunyi:’kekalkan ISA demi keamanan, keselamatan dan kemakmuran’ dipasang menutupi bangunan Wisma Sejarah.

Kebanyakan peserta yang berarak memakai kemeja-t berbunyi yes to ISA dan kain pengikat dahi berwarna kuning bertulis ‘hidup melayu, hidup Islam’

Tuesday, July 21, 2009

Kemalangan Ngeri Melibatkan Pelajar PASTI Jasin (Nurul Iman)

Van Pasti Nurul Iman yg dipandu oleh Saudara Lokman b. Md Daud


1) Kemalangan berlaku di jalan menuju ke Kemendor (berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik Jasin), ketika itu van PASTI sedang menghantar pelajar ke rumah masing-masing. Semua pelajar ini dari Pasti Nurul Iman, Kesang Tua, Jasin, Melaka.

2) Berdasarkan maklumat saksi kejadian, kereta wira tersebut telah terbabas & memasuki jalan yg bertentangan iaitu laluan yg dilalui oleh van Pasti itu. Dan telah melanggar van Pasti secara tepat bahagian depan van.

3) Van Pasti dipandu oleh saudara Lokman b. Md Daud bersama 12 org pelajar & seorang pembantu Pasti.

4) Alhamdulillah semua pelajar & pembantu terselamat dari kemalangan tersebut.

5) Buat masa sekarang, majoriti pelajar Pasti telah pulang ke rumah masing-masing setelah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jasin.

6) Setakat ini, pemandu van, Saudara Lokman telah ditempat ke wad B4, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki akibat tersepit. Beliau pengsan ditempat kejadian sejurus kemalangan itu.

7) Adik Liyana bt. Sabarudin berada dalam keadaan yg kritikal, ditempatkan di ICU (Aras 2) Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami pendarahan dalam perut & telah menjalani pembedahan petang semalam.

8) Adik Fatiyatul Akma bt. Zulkifli ditempatkan ke aras 1-2, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki.

9) Semoga anak-anak Pasti ini diberikan kekuatan zahir & batin dalam menghadapi peristiwa ini. Mari kita sama-sama menadah tangan & memohon semua yg terlibat kembali sihat seperti sediakala.

10) Adalah amat penting, kita mendoakan kesejahteraan mereka. Ikatan yg telah wujud antara guru Pasti & pelajar Pasti diibaratkan sebuah keluarga yang mesra. Ikatan tidak mudah dipupuk kecuali dengan adanya pengorbanan semua pihak.



Kereta wira yg dipandu oleh pemuda Melayu. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam jam 1.30 petang di Hospital Jasin.


Adik Fahiyatul Akma bt. Zulkifli sedang berehat di katil 10, Aras 1-2 Hospital Besar Melaka.
Adik Akma mengalami patah kaki & beberapa kecederaan di muka. Adik Akma ditemani oleh ayahnya iaitu Ustaz Zul.

Dashbroad van terperosok rapat ke kerusi pemandu.

Pintu sebelah pemandu koyak dengan kasar akibat pelanggaran yg kuat.

Cermin van mengalami keretakan secara menyeluruh.

Sumber maklumat diperolehi dari blog Pasti Melaka, http://pastimelaka.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

22 July : Ceramah Dato' Seri Nizar + Solat Sunat Gerhana Matahari (anjuran PAS Bukit Katil)


9.30 pagi : Solat sunat gerhana matahari
- di Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaung, Ayer Molek.

7.00 malam : Majlis Ceramah Sempena Isra' Mikraj
- Penceramah : Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad
(YDP PAS Kawasan Besut, Terengganu)
- di Balai Islam Taman Cempaka.





8.30 malam : Ceramah Perdana
- Penceramah : YB Dato' Seri IR. Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Ustaz Ghani Abd Rahman (Pesuruhjaya PAS Melaka), YB Goh Leong San (ADUN DAP KESIDANG)
- di Kompleks PAS Bukit Katil (hadapan Masjid Bukit Katil).





Sunday, July 19, 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat memberikan penghormatan terakhir kpd mendiang Teo Beng Hock

9.00 pagi : Bertolak ke rumah mendiang di Taman Seri Kelemak.
- pimpinan DAP telah sampai.
9.30 pagi : Tiba di rumah mendiang Teo.
9.45 pagi : Wakil pimpinan PAS Pusat iaitu YB Salahuddin Ayub yang ditemani oleh Saudara Sani (exco pemuda PAS Pusat). Diiringi oleh pimpinan PAS Negeri Melaka.
10.00 pagi : Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan rombongan beliau. Kira-kira 1ooo org sudah menziarahi mendiang.
11.30 pagi : Kereta yg membawa mendiang mula bergerak ke tanah perkuburan Semenyih.




Para pimpinan Pakatan Rakyat tertinggi memberi penghormatan terakhir kpd mendiang Teo...
Karpal Singh, Lim Kiat Siang, Lim Guan Eng, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Chua Jui Meng, YB Salahuddin Ayub, Badrul Hisyam

Para pimpinan PAS sedang berbincang perjalanan pengkebumian mendiang Teo

Ketua Pemuda kawasan Jasin berborak dengan ayah mendiang Teo

Turut serta menghadiri majlis penghormatan terakhir itu ialah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka iaitu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (Ustaz Khairul Che Salleh) & saya sendiri.
 

blogger templates | Make Money Online