Saturday, August 1, 2009

Tahniah & Syabas... Keberanian 30 000 rakyat dipuji oleh semua pihak yg menentang ISA

Kami adalah suara rakyat Melaka
(diambil dari The Star Online Photo Gallery )



Inilah kumpulan dari Masjid Negara (berhampiran team dari Melaka)


Nk gi solat pun kena spotcheck...
(diambil dari The Star Online Photo Gallery )


Keganasan FRU semakin menggila (memukul warga emas)


Kumpulan dari Sogo (hampir 10 ribu org)


Rakyat mendengar ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat (hadapan Pejabat Agung PAS)


Suasana penuh bersemangat dari peserta


Kumpulan dari Masjid Negara (hampir 10 ribu rakyat)

Water cannon disembur & bom asap ditembak kpd rakyat

1) Tangkapan oleh SB, FRU, polis : 539 org (semuanya ditahan tanpa dibuktikan kesalahan secara sah).

2) Yg pelik, dimana kumpulan penyokong ISA...??? Perkasa??? Pewaris ??? Magaran ??? Dah ditangkap polis adalah mustahil, sbb diorg mmg lahir dari kalangan umno. Mungkin mereka tidak cukup semangat dalam menegakkan pendirian mereka, sdgkan mereka sendiri tahu & faham kecacatan undang2 ISA itu. Mereka pasti rasa bersalah apabila mempertahankan sesuatu yg kejam & zalim. Itu yg mereka tidak kelihatan di medan rakyat.

3) Apa yg telah dibaca, Pro-ISA hanya berjaya kumpulkan 2000 org je... hehehe... Mereka bersurai setelah lori water cannon & FRU mendekati mereka... huhuhu... Macammana boleh digelar pejuang rakyat nie...

4) Pihak GMI akan menghantar memorandum 10 Deklarasi ISA kepada Yang DiPertuan Agong secepat mungkin.

5) Sila lihat gambar sekitar himpunan semalam,

GALERI FOTO DEMONSTRASI
(dari jurugambar Malaysiakini)

Photo Gallery
(dari The Star Online)

Friday, July 31, 2009

PAS memberi jaminan himpunan esok berjalan secara aman


1) Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.

"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.


2) Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.


3) Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan aman. Image


4) Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu.


5) Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza � GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


6) Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit.

7) Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu.

"Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu. Image

"Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.

Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.


Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.


8) Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


*Sumber dari Harakahdaily (31 Julai 2009)

Thursday, July 30, 2009

Jangan terpengaruh dengan sebarangan kecaman kerajaan zalim... ayuh, bersegera menuju penentangan kezaliman ISA


1) Dengan penuh harapan... orang ramai diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan dan khabar angin yang mahu menggagalkan perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti.


2) Komander perhimpunan tersebut yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, perhimpunan aman dan perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan deklarasi rakyat menentang penggunaan akta zalim ISA akan tetap diadakan pada 1 Ogos nanti bermula jam 2.00 petang.


3) Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan menyokong akta rimba itu dimansuhkan agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berhimpunan pada Sabtu nanti.


"Jangan terpedaya atau terpengaruh dengan mana-mana ugutan atau khabar angin yang mengatakan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana pihak GMI dan Sekretariat Perhimpunan MANSUH akan tetap meneruskan perhimpunan dan perarakan pada Sabtu nanti.


"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menyokong akta ISA dihapuskan dan mahu bersama berhimpun agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur biarpun terdapat banyak sekatan jalan raya," ujar beliau.


4) Salahuddin juga menjelaskan, hanya arahan daripada komander-komander yang bertugas dan Unit Amal sahaja harus diterima oleh seluruh peserta pehimpunan MANSUH bukan dari pihak lain.


5) Perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti diadakan dengan tujuan untuk membantah pengunaan akta zalim ISA dan satu deklarasi rakyat akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan sokongan agar akta tersebut dimansuhkan.


Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman (ADUN Permatang Pasir)


BIODATA

1) Biodata ringkas Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman
- Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang
mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH.
- Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan
Penggal 2004-2008).
- Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.


2) Beliau merupakan ADUN Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd Rahman meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

3) Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan Hamdan meninggal dunia subuh.

"Beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi," katanya ketika dihubungi.


4) Jenazah dikebumikan di Pulau Pinang petang ini.


*Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.


PAS mempersoalkan penggunaan ISA semenjak tahun 1960 (ikuti ucapan Ahli Parlimen PAS dari Bachok)



Sila ikuti ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.


Tuan Yang Dipertua,

Di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu.


Tuan Yang Dipertua,

Saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini.


Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di dalam negeri ini. Dan dia telah berjanji dan memberi jaminan tidak pula ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan Undang-undang ini bagi maksud menahan perkembangan parti-parti politik yang bertentangan dengan Kerajaan.


Saya tidak tahu sama ada janji ini boleh dipegang atau tidak. Itu akan diterangkan oleh perbuatan-perbuatan yang akan ditunjukkan kepada Menteri itu; tetapi saya memberi amaran, Tuan Yang Dipertua. Di-dalam mempersetujukan ini saya memberi amaran bahawa kalau sah dan benar tujuan Kerajaan hendak mengawal, memelihara dan mengembangkan demokrasi di negeri ini maka amalkanlah Undang-undang ini menurut dasar pengubalannya.


Sebarang salah guna dari Undang-undang ini akan membawa satu reaksi yang buruk dan tidaklah menjadi mustahil kalau sesudah berjanji hendak dijalankannya dengan baik, tidak mustahil Kerajaan itu hendak menjalankan dengan tidak baik. Orang-orang atau setengah atau sebahagian daripada manusia daripada negeri ini akan menjadi komunis jika disalah pakai Undang-undang ini.


Kita tahu kesalahan-kesalahan dan penyakit-penyakit yang ada di dalam Undang-undang sebagaimana saya sebutkan, tetapi bagi kepentingan keselamatan negeri dan atas asas bahawa Undang-undang ini menuju kapada mencegah perkembangan subversif (komunis) dan terrorism (keganasan) maka kita sokong.


Tuan Yang Dipertua,

Apabila kami menyokong Undang-undang ini, kami tuntut kepada Kerajaan supaya meluaskan fahaman di dalam makna subversif tidak sahaja subversif dari komunis, tetapi sebarang anasir yang tidak diingini yang ingin menjatuhkan tatahidup demokrasi di dalam negeri ini hendaklah ditegah sama ada dia melakukan subversifnya itu dengan cara langsung atau tidak langsung.


Saya maksudkan puak-puak Amerika, puak-puak Inggeris, puak-puak apa sahaja yang cuba hendak menggunakan helah dan dayanya bagi menjahanamkan tatahidup di negeri ini di dalam subversif.


Sebabnya Tuan Yang Dipertua, "Prejudicial to the interest of this country" yang menjadi teras bagi perkara yang besar di dalam Undang-undang ini tidaklah semata-mata dihadkan kepada sesuatu puak sahaja. Saya bersetuju bahawa bahaya-bahaya komunis amatlah besar. Dan ada masanya iaitu akan bertambah besar. Cara-cara mengembangkan komunis di dalam negeri ini bukanlah payah. Sedikit kesilapan akan membalikkan sejarah negeri ini kepada apa yang telah berlaku.


Bagi pihak saya, sehinggakan pengisytiharan Perdana Menteri menyokong kemasukan China ke dalam United Nation (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) itu pun saya rasa, ada mempunyai bibit yang menyeronokkan orang-orang komunis di dalam negeri ini, dengan memberikan kekuatan kapadanya bahawa sekarang negara besarnya telah diakui dan komunisnya sa-kurang-kurangnya dihormati.


Sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita telah memberi sadikit angin kepada goyangnya pokok komunis di Tanah Melayu ini dengan pengisytiharan yang saya tidak hendak bahaskan kerana itu soal luar negeri tetapi tidak di-nafikan adanya sokongan moral komunis.


Tuan Yang Dipertua,

Didalam Undang-undang ini, ada beberapa perkara yang tidak terang dan ini akan saya cuba menyebutkannya, supaya dengan menyebutkan perkara-perkara itu dapatlah Kerajaan itu betul-betul mengamalkan Undang-undang ini dengan jiwa dan roh Undang-undang. Ini tidak dengan jiwa dan roh yang lain dari dasar menggunakan Undang-undang ini.

Lagi sekali saya katakan, sebarang silap amal, salah gunakan Undang-undang ini bukan akan mengurangkan terrorist yang 400 orang itu bahkan akan menambah bilangannya. Sebarang penekanan yang tidak dibolehkan oleh Undang-undang ini akan mengakibatkan kesan balas yang tidak diingini.


Pergi kepada satu-satunya Undang-undang ini dan saya percaya Kerajaan ketika sekiranya orang menyokong satu Undang-undang Kerajaan itu maka berilah pertimbangan yang berat kepada fikiran yang dikemukakannya itu sebab dia tidak membangkang, cuma menyokong, kerana ada perkara-perkara yang dirisau, kok salah masuk maka akan sengetlah perjalanan jentera Undang-undang ini.


Tuan Yang Dipertua,

Di dalam mempersetujui Rang Undang-undang ini, Persatuan Islam Tanah Melayu memegang apa yang dicakapkan oleh Kerajaan bahawa dia tidak bertujuan hendak mencegah perkembangan politik yang sihat di dalam negeri ini. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita memikirkan kepentingan keselamatan negara. Apa yang disyarahkan oleh orang-orang Persatuan Islam Tanah Melayu mudah sangat membawa kapada apa yang di-sebutkan di sini.


Dalam hal menentang terrorist (pengganas) ini, Tuan Yang Dipertua, kita tentulah tidak berapa risau sebab kategori atau jenis manusia yang disebutkan sebagai 'terrorist' adalah kurang orang yang mungkin dituduh. Maka apa yang ada dalam undang-undang ini yang menerangkan bahawa boleh kita maafkan, kalau pun ia itu terkeluar sedikit sesudah batas kebebasan hidup biasa. Sebab kita adalah berhadapan dengan 'terrorist'.


Walau bagaimana pun kalau ada kemungkinan kezaliman yang dapat dilakukan kepada orang yang kita rasa bukan dirinya penjahat maka patut dihindarkan dalam undang-undang atau yang menjalankan undang-undang ini.


Setelah saya menyebutkan dalam perkara ini tadi maka saya ingin mengemukakan kapada Tuan Yang Dipertua bahawa kami menyokong Rang Undang-undang ini demi kepentingan keselamatan negara, dan saya ulangkan peringatan yang diberi tadi bahawa sebarang salah guna di atas undang-undang ini akan mengakibatkan satu perkara yang sebaliknya.

* Sumber dari Harakahdaily (30 Julai 2009)

Wednesday, July 29, 2009

Isu-isu berbangkit mengenai Himpunan Mansuhkan ISA



1) Pihak GMI mengajak Pak Lah turut serta dalam himpunan ini, sebagai bukti apa yg Pak Lah telah katakan baru-baru ini (supaya kerajaan mengkaji semula keperluan wujudnya ISA)...
Bantah ISA, Abdullah diajak ke himpunan Mansuh pada 1 Ogos

2) Lebih daripada 25 organisasi mahasiswa yang menyokong supaya ISA dimansuhkan...
26 Organisasi Mahasiswa sokong himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos

3) Penegasan kezaliman ISA terhadap rakyat yang tidak pernah diberi peluang untuk membela diri @ dihakimi oleh mahkamah. Diluahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim...
Bangkit tentang kuasa kuku besi, hapuskan ISA - Anwar

4) PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS mengadakan solat hajat sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos. Ianya adalah untuk berdoa agar penyerahan "Deklarasi Rakyat" diselesaikan dengan keadaan aman & lancar.
Buat solat hajat doakan Himpunan Mansuh berjaya - Ustaz Idris


Mangsa ke-4 H1N1 adalah rakyat Melaka


1) Al-Fatihah… untuk Allahyarhammah Nur Syazwana Ramli, 20 tahun, yang meninggal dunia kerana Influenza A H1N1 semalam. Kes itu menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

2) Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

3) Tanda-tanda awal dari beliau adalah: demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai. Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

4) Beliau mengalami berbagai kompilasi klinikal iaitu septisemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru. Akhirnya telah meninggal dunia disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran,

5) Mengenai situasi semasa, Dr Ismail berkata sejumlah 47 kes baru H1N1 dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes jangkitan tempatan iaitu 27 daripadanya merupakan kejadian dari enam kluster baru, 10 kes dari lima kluster sedia ada dan 10 kes lagi merupakan kes-kes terpencil.

6) Situasi di Malaysia…. Jumlah kes H1N1 : 1266 (574 adalah kes import & 692 adalah jangkitan tempatan). Pesakit yg telah sembuh = 1,233 kes, 24 kes yg menerima rawatan antiviral di hospital manakala 9 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

8) Situasi di dunia luar… Jumlah kes H1N1 = 169,753 kes dengan 1,125 kematian dilaporkan di 159 negara setakat ini.

9) Diharapkan pihak kementerian kesihatan dapat mengambil langkah yg lebih proaktif dalam menangani penularan virus H1N1. Dalam situasi sekarang, negeri Melaka terutamanya berada dalam keadaan yg kritikal. Semakin hari berlalu, semakin banyak institusi pengajian ditutup.

10) Dan sebagai hamba Allah swt, kita hendaklah sentiasa berdoa akan kesejahteraan hidup kita. Bagi sesiapa yg telah kehilangan insan tersayang, mereka hendaklah redha dengan ketentuan Allah swt. Sesungguhnya hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Allah swt.

Semoga hidup kita sentiasa dirahmati, dan bermuhasabah atas setiap kejadian yg berlaku.

Tuesday, July 28, 2009

Panduan & Peta Laluan Himpunan Mansuhkan ISA


Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


Sila layari laman web nie untuk maklumat lanjut

http://himpunanmansuhisa.wordpress.com/2009/07/28/



Monday, July 27, 2009

MAMPAT = Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PAS + AMK + DAPSY)


1) Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan MAJLIS MUAFAKAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT (MAMPAT) bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

2) Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.


3) Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan – Ustaz Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).


4) Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.


5) "Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan," kata kenyataan itu lagi.


6) Oleh itu, MAMPAT menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini. Dan menyeru semua pemuda pakatan rakyat turut serta dalam himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos ini.


7) Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

"MAMPAT yakin bahawa himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.


 

blogger templates | Make Money Online