Thursday, August 13, 2009

Ali Rustam mudah lupa... diri & negara apabila makan bersama Shah Rukh Khan...


Gambar semasa penganugerahan gelaran 'Datuk' kpd Shah Rukh Khan

1) Berdasarkan berita Malaysiakini, Shah Rukh Khan jamu Ali Rustam di Mumbai ..... Kononnya telah terjalin hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dgn pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan...

2) Alhamdulillah... oleh kerana Shah Rukh Khan masih mengenang jasa baik Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dalam mengurniakan gelaran "Datuk" kpd beliau.

3) Utk membalas budi kerajaan Melaka, beliau telah belanja Ali Rustam makan-makan di Mumbai, India... Makan tosai, nasi beriani dll... Makan di rumah Shah Rukh Khan lagi tu... Punyer ler baik hubungan kerajaan Melaka dgn Shah Rukh Khan...

4) Tapi Ali Rustam telah mengatakan sesuatu yg menjatuhkan maruah rakyat sendiri... "Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai. Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India" kata Ali Rustam.

5) Lihatlah sikap Ali Rustam yg mudah lupa... diri, bangsa & negara... apabila dok dgn org popular, abis semua lupa...

6) Diakhir perjumpaan mereka, Shah Rukh Khan berjanji akan membuat beberapa babak lakonan di Melaka (nk jaga hati Ali Rustam)...

7) Yang menjadi persoalan disini ialah ATAS DASAR APA ROMBONGAN INI DIADAKAN...!!! Adakah lawatan ini juga merupakan urusan rasmi kerajaan negeri @ sekadar pakej pelancongan seisi keluarga...??? Siapa yg membayar kos perbelanjaan rombongan ini...??? Apa faedah kukuh yg diperolehi daripada lawatan ini...??? Tidak cukup duit rakyat yg telah dibazirkan semata-mata nk menganugerahkan 'Datuk' kpd Shah Rukh Khan tempoh hari...???

8) Berdasarkan info yg boleh dipercayai, kos perbelanjaan menyambut kedatangan Shah Rukh Khan ke Melaka tempoh hari hampir mencecah puluhan juta ringgit... jangan lupa bahawa duit yg digunakan adalah duit rakyat...!!!


Sekali lagi pihak Israel menodai kesucian Masjid Al-Aqsa


Tugu Besar Heikal Sulaiman (berhampiran Masjid Al-Aqsa)

1) Dalam keadaan terang lagi bersuluh, sekali lagi pihak Israel menodai kesucian Masjid Al-Aqsa... Semakin hari semakin banyak kerosakan yg dilakukan oleh Israel.

2) Beberapa kumpulan Yahudi disertai oleh beberapa rabi dan pengikut sebuah biara Yahudi membina sebuah tugu besar bagi Heikal Sulaiman di atas binaan sebuah kuil Taurat yang baru berdekatan dengan Masjidil Aqsa di bandar al-Quds.

3) Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan pada hari Khamis (6/8) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa tugu Zionis itu terletak hanya beberapa meter sahaja daripada Masjidil Aqsa dan dinding al-Buraq dari sebelah Barat. Ia juga menganjur ke arah masjid tersebut secara jelas dan seolah-olah disengajakan.

4) Yayasan itu juga menarik perhatian bahawa bangunan baru itu digunakan sebagai pusat lawatan bagi para pelawat dan orang ramai untuk menghubungkan mereka dengan apa yang dinamakan sebagai ‘heikal’ (kuil) Sulaiman dengan menganggap bahawa tugu itu sebagai satu lagi langkah yang dilakukan oleh beberapa kumpulan Yahudi untuk menyegerakan pembinaan heikal ketiga yang didakwa wujud di bawah Masjidil Aqsa yang diberkati itu.

sumber asal: http://www.palestine-info.info/ar/


diterjemah oleh : palestinkini.info,

Kumpulan Yahudi bina tugu Heikal Sulaiman dekat Masjidil Aqsa.

Tuesday, August 11, 2009

Ali Rustam kuasai negeri Melaka & masih Halalkan Arak... !!!!!



1) Baru-baru ini, Ali Rustam telah mencadangkan kpd PAS supaya keluar dari PR... akibat dari isu pengharaman arak di Selangor.... Kononnya PAS tidak berjaya menunaikan janji kpd org Islam.

2) Yang peliknya, negeri Melaka ini telah dikuasai oleh umno selama berpuluh-puluh tahun, TIDAK ADA seorang pemimpin umno pun yg berani menyatakan keinginan pengharaman arak di Melaka...

3) Adakah pengharaman arak hanya boleh berlaku jika dikuasai oleh PR...??? Adakah hanya PAS yg memperjuangkan Islam...??? Dimana kenyataan umno, kononnya umno juga memperjuangkan Islam...???

4) Disini, rakyat Melaka mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di Melaka...!!!!! Bukan sekadar berani mencabar orang lain... Sedangkan Ali Rustam dah kuasai Melaka sekian lama... Ali Rustam... Adakah kau berani sahut cabaran ini...??? @ masih perlu dikaji...???

5) Ali Rustam sedar akan hukum haram arak itu di negeri org lain je... tetapi apabila berada di negeri Melaka, Ali Rustam jadi kaku & seolah2 hukum haram arak itu telah berubah... Sekarang ini kuasa pemerintah Melaka terletak sepenuhnya kpd Ali Rustam... Itupun masih takut hendak laksanakan...

6) Desakan pengharaman arak di Melaka bukan sekadar lahir dari hati org Islam...!!! Ianya juga lahir dari hati nurani hati org bukan Islam...!!!

7) Kerajaan Ali Rustam MESTI laksanakan...!!! Bukan sekadar mengutuk orang yg mahu laksanakan...!!!


*Desakan dari rakyat Melaka...
--- Ustaz Kamaruddin b. Haji Sidek (Ketua Pemuda PAS Melaka): Ali Rustam Dicabar Kuatkuasa Pengharaman Arak
--- Sofi Wahab (Ketua Penerangan Melaka): ISU ARAK : MASYARAKAT INDIA GESA ALI RUSTAM CERMIN MUKA


Monday, August 10, 2009

Himpunan Bantah PPSMI kali ke-2...!!!



1) Kenyataan TPM amat menyakitkan hati bagi para pejuang bahasa... terlalu banyak berdolak-dalik dalam memansuhkan PPSMI...

2) Pada awalnya, TPM mengumumkan PPSMI dimansuhkan bermula 2012... ianya sudah menyakitkan hati pejuang bahasa termasuk A.Samad Said... sehingga beliau berani mengajak semua penyokong mansuh PPSMI turun berdemo sekali lagi.

3) Pada saat ini, TPM masih mengeluarkan kenyataan yg lebih pedih... apabila diberi kebenaran sebahagian pelajar memansuhkan PPSMI bermula tahun 2014... Inikah undang-undang kerajaan Umno, begitu mudah berubah apabila diberi tekanan...

4) Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini.

5) Kata Setiausaha GMP, "Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang. Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini,"...

6) Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Tapi, ia dilaporkan hanya akan berkuatkuasa pada tahun 2012 dan sebahagian kumpulan pelajar akan tamat pada 2014.

7) Pihak GMP masih berminat menemui Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, bagi memberikan pandangan mereka secara langsung. Surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.

8) Nantikan kenyataan rasmi terkini gabungan (GMP) itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.

Sunday, August 9, 2009

Wacana ilmiah :Pemuda Umno tidak berani bersemuka dengan Pemuda PAS



1) Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.


2) Tajuk yg dicadangkan ialah "
Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam".

3) Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.


4) Masa yg sepatutnya berlaku sebelum bulan Ramadhan tapi terpaksa ditangguhkan kerana pihak pemuda Umno tidak memberi sebarang respon dari surat jemputan itu..Lagi pun, pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir akan diadakan dalam waktu terdekat. Dan jika ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, ianya berlangsung selepas Aidilfitri.


5) Dua minggu lalu, pihak pemuda PAS telah menghantar surat pembentukan jawatankuasa teknikal dalam menguruskan wacana itu… pun tidak dapat respon dari pemuda Umno.


6) Surat yg hadir dari KJ… meminta diadakan pertemuan antara KJ & Ust.Nasrudin Tantawi…hanya empat mata… dengan kebijaksaan pimpinan pemuda PAS, pemuda PAS tidak melayan sebarang cadangan itu kerana ianya mempunyai niat yg tidak ikhlas. Mengapa perlu adanya pertemuan empat mata sedangkan wacana ini melibatkan pendirian PAS & Umno bukannya pendirian individu... Perbincangan ini ingin diketahui oleh seluruh rakyat.


7) Sehingga hari ini, masih tiada sebarang respon dari Umno… ini merupakan petanda2 awal yg menunjukkkan pemuda Umno cukup takut utk berdepan dgn pemuda Pas.


8) Pemuda Umno tidak dapat menjumpai hujah yg boleh dibawa ke wacana itu. Dan jika pemuda Umno masih tidak memberi sebarang jawapan, ianya terbukti bahawa perjuangan Umno sememangnya bertentangan dengan Islam…


9) Inilah sikap Umno… Mereka takut nk bersemuka dihadapan rakyat jika diajak berbicara hal mengenai perjuangan asal Umno. Sebabnya mereka pun tahu bahawa perjuangan Umno bukan perjuangan Islam. Umno masih mengamalkan perjuangan pihak penjajah sehingga hari nie.


PERKEMBANGAN TERKINI WACANA ILMIAH PEMUDA PAS - UMNO
(dari laman web Dewan Pemuda PAS Malaysia)
 

blogger templates | Make Money Online