Saturday, August 22, 2009

Jawapan setiap isu di Permatang Pasir

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga

  1. Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
  2. Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
  3. Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
  4. Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.


Pas dengan Umno sama sahaja

  1. Jawabnya tak sama kedua-dua ini.
  2. Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
  3. Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
  4. Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka.
  5. Umno tidak ambil kira soal ini.
  6. Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.


SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA, KAMI TIDAK DAPAT APA-APA

  1. Dakwaan ini tidak betul
  2. Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja.
  3. Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut.
  4. Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
  5. Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya. Contoh elaun guru KAFA dinaikkan, potongan air, perbelanjaan wang kerajaan secara berhemah. Mengarahkan semua exco naik kapal terbang kelas ekonomi, duduk di hotel biasa.
  6. Dengan cara ini ia menjimatkan wang rakyat PP.
  7. Bijaknya kerajaan PR memerintah sehingga berjaya mengatasi bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai difisit sepanjang 8 tahun, mampu kembali untung sebanyak RM3juta pada ogos 2009.
  8. Inilah erti memilih pemimpin yang mendatangkan manfaaat kepada keseluruhan penduduknya.
  9. Jangan kita fikirkan pilihanraya berapa ringgit yang kita dapat, lepas pilihanraya nanti dia tindas rakyat dengan mengenakan cukai yang bermacam-macam. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin umno
  10. Sekarang kerana rakyat bagi kuasa kepada BN di Pusat selepas PRU 12, menyebabkan rakyat kena bayar kadar letrik yang mahal tidak lama lagi, menaikkan tambang bas 30%, insyuran kereta motor naik 100% . Misalnya dulu kita bayar RM100 sekarang sudah naik RM200.
  11. Kalau pilih calon PAS maka ia menjadi penyambung kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat bukan untuk kroni wakil rakyat Pas


Pas melukut di tepi gantang

  1. Dulu kenapa Umno yang menjadi KM PP tidak ada pembelaan pada orang Melayu
  2. Sekarang Pas diberi peranan dalam ahli Majlis Kerajaan Tempatan, syarikat GLC, JKKK, kalau zaman Umno dulu Pas tidak ada apa langsung
  3. Pas diberi peranan untuk bebas mengajar dan berkhutbah di masjid.
  4. Di kawasan ADUN Pas ada juga peruntukan diberikan. Di zaman Umno tidak ada peruntukan yang diberi kepada almarhum Haji Hamdan.
  5. Walaupun tak jadi Exco tapi PAS bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. PAS ada suara dalam kerajaan tempatan, dalam jawatankuasa ad-hoc, anak syarikat kerajaan negeri GLC dan JKKK.
  6. PAS bersama kerajaan negeri, suara Pas membela kepentingan Islam/Melayu dihargai dalam kerajaan berbanding Umno sebagai pembangkang. Nampaknya yang melukut di tepi gantang di Pulau Pinang ialah Umno, bukan PAS.


Pas parti mengumpat?

  1. Hukum mengumpat memang tidak boleh pada perkara yang menyalahi agama.
  2. Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi mengatakan mengumpat diboleh kan dengan beberapa syarat;
  3. Seorang isteri yang hendak mengadu kejahatan suami pada qhadi, perlu dedahkan kejahatan supaya qhadi dapat jatuh hukuman
  4. perawi hadis yang tidak adil boleh diberitahu peribadinya yang buruk supaya orang tidak terima hadisnya
  5. Pemimpin yang jahat, supaya orang tidak pilih dia menjadi pemimpin


Anwar Ibrahim Khianat Orang Melayu

  1. Dakwaan ini tidak betul.
  2. Ini ‘tuduhan politik’ kerana Anwar sekarang lawan Umno. Biasalah, waktu dalam Umno Anwar dijulang sebagai pembela Melayu, bila lawan Umno maka dilabel pengkhianat Melayu. Yang khianati Melayu sebenarnya Umno. Inilah buktinya
  3. Anwar dan PR tidak memerintah Malaysia lagi. Macam mana tidak menikah sudah dapat anak.
  4. Yang memerintah negara selama ini ialah Umno/BN bukan Pas atau PR
  5. Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah dalam masa lebih kurang 17 bulan baru (setahun setengah), macam mana sudah ada Melayu yang menjadi miskin.


PAS menang pun tak boleh buat apa

Kalau Umno menang di Permatang Pasir pun boleh buat apa? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja itu. Umno/BN pula selalu pulau sidang DUN. Kalau tak mahu masuk dewan bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.


Habis apa PAS boleh buat?

  1. Berikut adalah perkara yang BERJAYA dilaksanakan; hasil desakan, bantahan, perbincangan yang dibuat oleh Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS; semasa jadi pembangkang dan semasa kerajaan.
  2. Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - berjaya
  3. Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - sebahagian besar berjaya
  4. Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - berjaya
  5. Mendesak mangsa Tsunami di Tanjung Tokong diberikan rumah (tuntutan berjaya masa Pakatan Rakyat berkuasa) - berjaya
  6. Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lessen, maksiat dan lain-lain – berjaya
  7. Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - berjaya
  8. Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan perlatan setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - berjaya


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikuasai oleh Cina

  1. Sebab tu kita kena perkuatkan suara Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menangkan calon PAS. Kalau Umno menang dia tidak bersama kerajaan sebab dia pembangkang.
  2. Ustaz Salleh boleh menjadi perantaraan dan menyuarakan masalah orang Melayu/Islam terus kepada kerajaan Pakatan Rakyat di pulau Pinang
  3. Memang benar Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng keturunan Cina. Masa BN dulu, adakaha ketua menterinya Koh Tsu Koon tu bangsa arab?


Pas Parti Pecah Belah Masyarakat

  1. Umno sebenarnya yang memecah belah masyarakat
  2. Umno tidak hormat demokrasi dan mewujudkan pecah belah di kalangan rakyat di Negara ini.
  3. Contohnya Dato’ Noh Omar Menteri pertanian melarang pegawai Pertanian hadir mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.
  4. Satu ketika dahulu Zahid Hamidi ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Star 21/1/2009), merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah memberi amaran semua ketua jabatan persekutuan yang berkhidmat di Perak dilarang menghadiri mensyuarat negeri . Kerajaan akan ambil tindakan jika siapa yang engkar.
  5. Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Pas sudah lama didera dan diketepikan daripada menurut lunas demokrasi. Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik.


Apa bukti calon BN dipecat oleh Majlis Peguam.

  1. Calon BN, Rohaizat Othman dipecat oleh Majlis Peguam pada 7 Mac 2008 dan dia kemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos 2009.
  2. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, kesalahan yang dilakukan Rohaizat adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
  3. Kesalahan yang dilakukan calon BN itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah berjumlah RM140,000 dan tidak ada akaun untuknya.
  4. Kata Presiden Majlis Peguam, “Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah.
  5. Kenyataan akhbar Yusri Ishak pada 20hb Ogos 2009 yang menjawab tuduhan kononnya beliau sahaja terlibat, sedangkan Rohaizat tidak tahu menahu adalah satu pembohongan.
  6. Sekarang Yusri sudah berani naik ke pentas Pas untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rohaizad.
  7. Kalau tidak betul dakwaaan Yusri, beliau boleh saman di mahkamah.


Khairi Tuduh Ada Pengundi Hantu

  1. Macam mana kami hendak bawa pengundi hantu, SPR dibawah kawalan Umno.
  2. Kalau umno bawa pengundi hantu ada munasabahnya.
  3. Nampaknya khairi sudah resah, kerana orang muda tidak bersama dengan beliau. Orang tahu temberang beliau.
  4. Samalah dengan pepatah Arab sebut ‘dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku dia mengadu kepada orang bahawa si anu yang maki beliau.
  5. Walaupun dia jadi ketua pemuda, tetapi beliau anak tembaga dalam umno, sebab itu beliau tidak dilantik menjadi menteri


Permatang Pasir Akan Jadi Anak Emas

  1. Kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula. Adakah mereka itu anak buluh betong

Sumber dari blog Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Malaysia)




Thursday, August 20, 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Orang Melayu



1) Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

2) Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

3) "Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kata beliau.

4) Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah melakukan pengkhianatan tersebut :

i. menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya.

ii. merosakkan sistem kehakiman negara. Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

iii. Selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarikbalik royalti minyak di Terengganu. Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

iv. memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu. Secara langsung, ianya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

v. menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yg menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

vi. memperkenalkan dasar meritrokrasi. Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

5) Dibawah menunjukkan secara ringkas 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu !!

PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

1 --- Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2 --- Melemahkan sistem kehakiman negara.

3 --- Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yg majoriti orang Melayu.

4 --- Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5 --- Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6 --- Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7 --- Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8 --- Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9 --- Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10 --- Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11 --- Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12 --- Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13 --- Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14 --- Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15 --- Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16 --- Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17 --- Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Wednesday, August 19, 2009

Kebajikan terserlah di pejabat agong PAS



1) Kebanyakan rakyat semakin merasai akan kewujudan pejabat agong PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti & perancangan yg telah dilakukan oleh PAS dari semua peringkat dalam memperbaiki keadaan kehidupan masyarakat sekeliling.


2) Dalam usaha memuliakan penghulu segala hari iaitu hari jumaat… Semenjak 6 Julai 2007, pihak PAS telah menyediakan makanan kepada mereka yg daif secara percuma. Dan secara puratanya, beratus bungkusan makanan Disediakan.


3) Aktiviti sumbangan makanan ini telah menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat sekitar KL seperti si pengemis, si fakir, yang tiada rumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak. Ada yg mengibaratkan bangunan pejabat agong PAS itu seolah-olah syurga pada setiap hari jumaat. Mereka setia menunggu di bangunan tersebut walaupun makanan masih belum terhidang pada masa yg telah ditetapkan.


4) Dalam menjalankan aktiviti ini, ianya telah mewujudkan suasana mesra rakyat… Dengan berlakunya suatu pergaulan antara rakyat & pimpinan… berborak-borak, gurau senda dll.


Makanan percuma Jumaat, santuni gelandangan ibu kota


Monday, August 17, 2009

Rekod penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pihak Umno


1) Baru-baru ini, media Umno telah banyak memperkatakan sifat Tuan Guru Nik Aziz mengenai tindakan DAP selaku rakan Pakatan Rakyat, kononnya Tuan Guru Nik Aziz membiarkan DAP menghina Islam. Maka, inilah jawapan ringkas dari Tuan Guru Nik Aziz, “DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam”. Dan tambah beliau lagi, ianya mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.


2) Walaupun Tuan Guru Nik Aziz tidak menjelaskan siapa orang Islam yg dimaksudkan, nescaya seluruh masyarakat tahu siapakah golongan tu. Yang menyedihkan, golongan itu telah diwujudkan sejak berpuluh-puluh tahun dengan dasar perjuangan yang kurang jelas iaitu dasar perjuangan kebangsaan tanpa diselitkan dasar perjuangan Islam.Dengan perilaku begini, sudah tentu maruah Islam mudah tercalar, terutamanya bagi orang bukan Islam.


3) Kes-kes yg melibatkan maruah Islam sering dinodai oleh pihak Umno. Kebanyakan kes melibatkan percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Contohnya :



a. isu rumah terbuka kongsi raya.

- Salah satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

- resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

- Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

- Respon dari pimpinan Umno (Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan)… menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai pemikiran sempit… “Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu” kata beliau…Dan juga beliau menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.



b. isu konsert hiburan keterlaluan

- Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

- Sbbnya ialah ianya menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

- Buktinya pada Berita Harian, 3 Ogos 2004, "Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani.

- Respon dari pimpinan Umno (Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku Menteri Penerangan)… “Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja”… Malah, meminta semua pihak yg mengharamkan Sure Heboh perlu mengkaji semula keputusan tersebut…



c. konsep Islam Hadhari yang mengelirukan

- Diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih teraju Negara pada Oktober 2003.

- Ulasan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, "Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?," (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

- Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.



d. wanita dibolehkan melacur jika terdesak

- idea ini telah lahir dari Dato' Dr Mashitah Ibrahim selaku tokoh agama wanita dalam Umno dan menjawat jawatan dalam jabatan agama Islam.

- Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.



e. Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan

- Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

- Sebahagian daripada garis panduan hiburan itu ialah melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

- Akhirnya, kes ini ditangguhkan (erti kata lain ditolak) oleh pihak kerajaan. Setelah 4 tahun kes ini berlalu, masih tiada sebarang maklumat terbaru mengenainya.



f. UMNO TOLAK HUKUM ISLAM

- bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung… adakah hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?



g. Keputusan Kabinet pada April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam

- Respon dari Mufti & Agamawan… ditempelak… ianya membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.



4) Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

 

blogger templates | Make Money Online