Wednesday, August 26, 2009

Pelaksanaan hukum Islam di Malaysia TIDAK SAMA dengan syariat Islam

Ulasan Tuan Guru Abdul Hadi Awang - Hukuman rotan syariah tidak melukakan

1) Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.


2) Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.


3) Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.


4) Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.


5) Cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira perkara berikut :-

- keadaan dan kesihatan pesalah

- memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

- Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, (antaranya apabila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak).

- Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.


6) Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.


7) Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.


8) Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.


9) Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.


10) Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.


11) Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Berikut link artikel berkaitan :

Tuesday, August 25, 2009

Kemenangan di pihak PAS... Kekalkan kemenangan rakyat...

1) Dalam pilihanraya umum 2008,

Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) - 11 004 undi

Ahmad Sahar Shuib (BN) - 5571 undi

Undi Majoriti - 5433 undi

Peratusan Pengundi - 82.5% (20 350 pengundi)


2) Dalam pilihanraya kecil 2009,

Ustaz Mohd Salleh Man (PAS) - 9618 undi

Mohd Rohaizat Othman (BN) - 5067 undi

Undi Majoriti - 4451 undi

Peratusan Pengundi – 73.1 % (14 832 pengundi)


3) Dengan penuh kesyukuran, kemenangan masih dipihak PAS… dapat mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir utk penggal yg seterusnya.


4) Pihak SPR perlu mengadakan suatu kajian analisis mengenai penetapan tarikh pilihanraya kecil, yangmana perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk para pengundi keluar mengundi. Jika dilihat dari peratusan pengundi pada pilihanraya kecil ini, peratusannya semakin menurun dari 82.5 % kepada 73.1 %... jika dilihat dari angka dari 20 350 pengundi kepada 14 832 pengundi… hampir 6 000 pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihanraya kecil kali ini.


5) Maka, kesannya kepada kedua-dua parti yang bertanding mendapat undi yang merosot berbanding pilihanraya 2008. Secara tidak langsung, undi majoriti juga akan merosot… Disini boleh disimpulkan undi majoriti menurun bukanlah kerana kurangnya sokongan terhadap PAS akan tetapi ianya disebabkan tarikh mengundi yang tidak sesuai.


6) Kekukuhan Pakatan Rakyat semakin terserlah dengan adanya kemenangan PAS semasa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kali ini. Tidak ada sesiapa yang berani menolak realiti kemantapan kerjasama Pakatan Rakyat.


7) Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk menghadapi pilihanraya ke-13 akan datang dan juga di DUN Seputeh… Allahu Akbar…!!!

KEKALKAN KEMENANGAN RAKYAT

Monday, August 24, 2009

Kerajaan BN luluskan Konsert Michael Learns To Rock di Bulan Ramadhan…!!!




1) Dari perkara ini dapat dilihat betapa tidak rasionalnya keputusan jemaah menteri dalam meluluskan penganjuran konsert Eternity Tours yg turut diundang kumpulan penyanyi luar Negara iaitu Michael Learns To Rock…


2) Dimanakah letaknya rasa tanggungjawab sebagai pemerintah…!!! Tidak langsung menjaga sensitiviti umat Islam Malaysia… Di dalam bulan ramadhan yg mulia ini… Negara Malaysia bakal dicemari dengan program & aktivti maksiat dengan kelulusan kerajaan BN yangmana majoritinya dikuasai oleh orang-orang Melayu Islam.


3) Mengikut jadual, konsert ini akan dijalankan pada 5 September bersamaan 16 Ramadhan 1430H… Sudah semestinya konsert ini akan menyebabkan rakyat lalai & meninggalkan amal ibadah, yang lebih menakutkan konsert ini akan menyebabkan berlakunya masalah keruntuhan akhlak & moral mereka.


4) Persoalan yg kedua ialah dimanakah penegasan mengenai pencegahan virus H1N1…???

Adakah konsert ini tidak berpotensi dalam menyebarluaskan lagi virus H1N1 kepada rakyat… Sudah semestinya virus H1N1 akan mudah tersebar dikalangan pengunjung konsert itu.


5) Dengan ini, selaku pemuda PAS… kami rasa bertanggungjawab dalam usaha menentang penganjuran konsert ini…!!! Dengan penuh harapan, diharap pihak majlis fatwa & jabatan agama Islam dapat bertindak menghentikan aktiviti maksiat ini sebelum ianya terlambat. Dan pihak kementerian kesihatan juga mesti bertindak menghalang penularan H1N1 dengan menghentikan aktiviti konsert ini…!!!


Sila klik di bawah, Kenyataan Media oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia...

BANTAH KONSERT MICHAEL LEARNS TO ROCK - ETERNITY TOUR 2009: LIVE IN MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER INI, DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS.



Sunday, August 23, 2009

Pangkah parti yang boleh membela maaruf & tolak parti mungkar - pesan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat



1) "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu teks pesanan beliau hari ini.


2) "Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang," tambahan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.


3) "Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "..... Inilah kata hikmah dari Tuan Guru...


4) Selain itu, Mursyidul Am juga berkata bahawa kerusi yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat ini perlu dikekalkan sambil cuba untuk mendapatkan kerusi tambahan daripada UMNO-BN sekiranya berlaku pilihanraya kecil.


5) Ini juga sebagai langkah untuk mengambil kemudi di Putrajaya tidak lama lagi dan seterusnya Malaysia akan mengalami proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.


6) InsyaALLAH... Kemenangan pada pihak yg menegakkan agama Allah... Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyatakan keyakinannya bahawa kemenangan akan memihak kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 ini.





 

blogger templates | Make Money Online