Thursday, September 10, 2009

Penghayatan bulan Ramadhan di Kelantan menarik perhatian DUTA JEPUN...

1) Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.


2) Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.


3) Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,DatoMohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.


4) Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.


5) Luahan hati Tuan Guru Nik Aziz, "Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"


6) Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.


7) Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.


8) Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.


9) Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan.


10) Inilah yg dikatakan pengamalan cara hidup Islam, org bukan Islam pun berminat dgn kehidupan ini. Kehidupan yg sentiasa teratur dengan menturuti segala ajaran Islam tanpa mengambil apa yg menguntungkan diri sahaja. Allah swt tidak akan menganiayai hamba-Nya kerana Dia adalah Yang Maha Penyayang & Pengasih.


Monday, September 7, 2009

Jangan lupa bayar zakat fitrah...


Maksudnya : "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat" (Surah An-Nur : Ayat 56)


1) Kalendar hari ini tertulis bahawa 18 RAMADHAN 1430H… Mesti kebanyakan orang akan berkata, “Eh, sekejap je dah nk raya kan”… “Lor, ko dah beli baju raya”… dan bermacam-macam ayat yg memberi maksud bulan ramadhan bakal berakhir.


2) Dan dalam masa yg sama, ramai juga yg terlupa akan kewajipan mereka, khas dalam bulan Ramadhan… Ibadah puasa sudah tentu semuaakan ingat,tapiadakah kita ingat akan menunaikan zakat fitrah, yangmana ianya akan menyucikan harta benda kita & membantu golongan yg tidak berkemampuan.


3) Kemungkinan berlaku sesuatu musibah terhadap harta benda adalah disebabkan tidak membayar zakat. Salah satu cara menyelamatkan dan 'membersihkan' harta masing-masing adalah dengan menunaikan kewajipan itu termasuk bersedekah.


4) Kepentingan zakat yang telah disebutkan sebanyak 32 kali dalam al-Quran dan 26 kali diantaranya penyebutannya bersamaan dengan kata solat, ini suatu indikasi bahawa zakat sama penting seperti solat.


5) Mari kita sama-sama mengingati kembali golongan yg layak menerima zakat:-

- fakir,

- miskin,

- amil menerima zakat,

- muallaf,

- hamba yang merdeka,

- orang yang berhutang,

- orang ke jalan Allah seperti belajar dan

- orang yang terputus perbelanjaan ketika musafir.


6) "Selain konsep syukur dan mematuhi perintah Allah swt, ianya untuk membersihkan harta atau kekayaan yang dimiliki dari hak orang lain. Dalam harta kita itu, ada hak kepunyaan orang lain.


7) Rukun zakat hanya dua iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta. Kerana itulah, kita boleh beri zakat melalui internet ataupun potongan gaji. Dan mudah-mudahan dengan kewajipan kita laksanakan, akan membersihkan jiwa dan harta kita


8) Siapa yang wajib mengeluarkan zakat…???

 

blogger templates | Make Money Online