Tuesday, September 29, 2009

Kenali calon PAS DUN Bagan Pinang


Zulkefly Mohamad bin Haji Omar

Jawatan beliau dalam parti
- Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan selama 2 penggal (2007-kini)
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan selama 1 penggal (2005-2007)
- Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2001-2005)
- Exco Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
- Pemangku Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004-2005)
- Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001-2004)
- Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999-2001)
- Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1997-1999)

Jawatan yang lain-lain
- Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes Telekom
- Pengerusi 'No Incinerator' Broga
- Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu

Pengalaman kerja
- Pengarah Urusan, L & R Enterprise Sdn. Bhd.
- Pengurus Kanan, IS Technologies Telecommunication Sdn. Bhd.
- Peracang Pemasaran, Telekom Malaysia Berhad.
- Eksekutif Perhubungan Korporat, Pusat Zakat Selangor.
- Pegawai Perhubungan, Koperasi Celcom Berhad.
- Pegawai Perhubungan, Biro Angkasa.


Lulusan Pengajian

- Ijazah Komunikasi UiTM
- Master in Science UPM

Pekerjaan sekarang
- Ahli Perniagaan

Umur beliau
- 43 tahun

* Jadual ceramah sepanjang kempen PRK... [Klik Jadual Ceramah]
* Sila layari laman web rasmi PAS Pilihanraya Kecil N.31 DUN Bagan Pinang...
http://prkn31baganpinang.pas.org.my/




Sunday, September 27, 2009

Rasuah di Malaysia semakin meningkat.... !!!





1) Pada ketika ini, pihak Transparency International (TI) telah mengiktiraf usaha kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah...

2) Dalam masa yg sama, Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

3) Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

4) Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah. Contoh-contoh negara tersebut ialah Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

5) Sedangkan negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

6) Negara Malaysia menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000. 7) Laporan TI menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

7) Kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low ;

--- Usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

--- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.


8) Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati. Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu.

 

blogger templates | Make Money Online