Friday, October 9, 2009

Ceramah Umum 10 Okt di Bagan Pinang



SPR melakukan kesalahan serius dalam undi pos... Daftar pemilih berbeza...

1) PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari penamaan calon.


2) Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981.


3) Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi..."


4) Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.


5) Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Tuesday, October 6, 2009

Janji calon PAS kepada rakyat Bagan Pinang...


Berbekalkan pengalaman bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar bertekad mahu meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk tempatan seandainya diamanahkan menjadi Adun Bagan Pinang kelak.


Bercakap pada pemberita di sini semalam, Zulkefli menggariskan tiga fokus utama dalam manifestonya 'Bersama Kehendak Rakyat' beliau.

a) Isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.

b) Rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.

c) Rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


"BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"

Monday, October 5, 2009

Lakonan Azeez tidak berjaya menipu rakyat...

Rombongan Umno melalui kawasan penyokong PAS
- sedangkan SPR telah memberi teguran supaya tiada penyokong parti yang memasuki kawasan parti lawannya.
- rombongan Umno tidak ambil peduli teguran SPR tersebut.


Keua Putera Umno, Azeez disapa dengan baik oleh salah seorang penyokong PAS
- tiada sebarang serangan pada ketika itu (semuanya berjalan lancar tanpa gangguan).
- tidak wujud kehadiran beberapa penyokong PAS yang menerpa @ menyerang rombongan itu.

Rombongan Umno berlalu dari kawasan PAS dengan keadaan selamat
- rakyat boleh lihat bagaimana keadaan rombongan Umno ini, Azeez boleh berjalan seperti biasa.
- entah bagaimana tiba-tiba selepas itu beliau boleh mengadu diserang penyokong PAS, siap terbaring dalam hospital lagi.

1) Jika kejadian ini benar-benar berlaku, sila kemukan bukti...!!! Jangan pandai menuduh je...!!! Dan jika nak berlakon, pastikan dapat tunjuk ajar dari pengarah terkenal supaya lakonan itu nampak lebih realiti.....
 

blogger templates | Make Money Online