Wednesday, November 18, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA ): TERLEBIH BAYAR ELAUN...!!!

Pembayaran Emolumen Guru Kontrak Kerajaan Negeri
  1. Perenggan 8 kepada Panduan Bayaran Elaun Penyelia Dan Guru oleh JAKIM menetapkan elaun bulanan akan dibayar secara tetap. Pembayaran emolumen guru dibuat melalui sistem gaji Perbendaharaan Negeri Melaka mulai bulan September 2005 untuk mengatasi kelewatan pembayaran.
  2. Semakan Audit mendapati guru kontrak di bawah skim guru kontrak Gred S11 masih dibayar elaun tetap KAFA sejumlah RM288 sebulan selama tujuh tahun dari tempoh tahun 2001 hingga 2007 walaupun telah menerima gaji bulanan.
  3. Mengikut perkiraan Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung pembayaran sejumlah RM17.83 juta yang tidak mengikut peraturan. Elaun tersebut hanya dimansuhkan oleh MMKN pada akhir bulan Januari 2008.
  4. JAIM memaklumkan, pembayaran elaun bulanan sejumlah RM288 bagi setiap guru lantikan Kerajaan Negeri adalah merupakan satu kesilapan dan MMKN telah memansuhkan elaun tersebut mulai tahun 2008 tanpa arahan menuntut semula lebihan bayaran daripada guru.
  5. Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran emolumen guru kontrak di bawah skim Gred S11 Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan kerana Kerajaan Negeri telah terlebih berbelanja sejumlah RM17.83 juta bagi bayaran elaun guru KAFA.

Tuesday, November 17, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA) : GURU BANYAK, MURID TIADA

Nisbah Guru Berbanding Kelas
  1. Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan keperluan guru bagi pembelajaran murid adalah atas nisbah satu guru bagi satu kelas.Semakan Audit mendapati pengurusan JAIM menetapkan keperluan guru mengikut nisbah 0.75:1 iaitu 0.75 guru bagi satu kelas disebabkan program KAFA di negeri Melaka dilaksanakan pada sebelah petang selama 20 jam seminggu.
  2. Keperluan guru mengikut nisbah ketetapan JAIM tidak dipatuhi memandangkan terdapat lebihan 91 guru atau 7.4%. Mengikut pengiraan Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung lebihan elaun guru sejumlah RM819,000 bagi tahun 2008.
  3. Pada pendapat Audit, pengurusan nisbah guru KAFA berbanding kelas adalah tidak memuaskan. Ini kerana lebihan guru menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung perbelanjaan elaun yang tidak sewajarnya.

Monday, November 16, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA ): GURU KAFA WANITA UMNO?

Prestasi Guru KAFA

  1. Pada tahun 2008 SRA JAIM mempunyai 1,315 guru terdiri daripada 396 guru KAFA lantikan JAIM dan 919 guru kontrak Kerajaan Negeri.
  2. Guru KAFA lantikan JAIM tidak memiliki kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM dari segi umur dan akademik serta menerima elaun tetap bulanan sejumlah RM500 daripada peruntukan JAKIM dan baki RM250 ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
  3. Sementara guru kontrak Kerajaan Negeri adalah di bawah skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S11 dengan gaji permulaan RM709.59 sebulan di mana sejumlah RM500 dibiayai daripada peruntukan JAKIM manakala bakinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
Kelayakan Dan Pelantikan Guru KAFA

Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan guru hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 60 tahun, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai pengetahuan serta kemahirandalam Al-Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi. Semakan Audit terhadap pelantikan guru KAFA mendapati:
  1. Sehingga awal bulan April 2008 seramai 111 guru KAFA berumur antara 60 hingga 78 tahun yang telah melebihi had kelayakan umur yang ditetapkan oleh JAKIM masih menerima elaun tetap.
  2. Seramai 145 guru KAFA hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran, Darjah 5 dan Darjah 7.
  3. Surat perjanjian pelantikan semua guru KAFA lantikan JAIM tidak disediakan.
  4. Had umur guru kontrak lantikan Kerajaan Negeri adalah pada usia 58 tahun
  5. Guru KAFA lantikan JAIM tidak mengikut had umur tamat perkhidmatan JAKIM pada usia 60 tahun.
 

blogger templates | Make Money Online