Tuesday, September 13, 2011

Israel Gali Terowong 600 Meter Di Bawah Tapak Al Aqsa

Pihak penjajah Zionis Israel telah menyelesaikan penggalian terowong yang melintasi bawah pagar Baldah Qadimah di Al Quds menuju lokasi berdekatan halaman Masjid Al Aqsa.

Yayasan Al Aqsa mengingatkan akan bahaya baru yang mengancam masjid Al Aqsa yang boleh berlaku disebabkan oleh penggalian-penggalian baru di bawah masjid yang dilakukan penjajah Zionis Israel dan institusinya. Surat khabar Israel “Yisrael Hume” edisi Jumaat minggu lalu menyiarkan berita penggalian terowong baru sepanjang 600 meter dimulai dari daerah Ain Silwan sehingga ke hujung masjid Al Aqsa di bahagian barat daya.

Dalam pernyataannya, Yayasan Al Aqsa mengatakan bahawa apa yang dilaporkan surat khabar Israel tersebut menegaskan apa yang pernah diungkap berkali-kali oleh yayasan Al Aqsa dalam bulan-bulan dan tahun-tahun terakhir, namun ini menjadi pengakuan Israel tentang adanya penggalian di bawah tapak masjid Al Aqsa. Tidak diragukan lagi bahawa ini merupakan bahaya yang mengancam masjid al Aqsa dan bangunannya, apatah lagi dalam laporan tersebut dinyatakan penggalian yang begitu dalam hingga ke kawasan bebatuan.

sumber : COMES

[1.jpg]


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online