Monday, October 10, 2011

Al Qassam: Intifadhah Boleh Diperbaharui Kembali




Brigade al Qassam, sayap militan Hamas, menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel hanya memahami bahasa kekuatan dan penumpahan darah dan mereka hidup dalam kubangan kolam darah melalui entitinya sejak tahun 1948.

Jurucakap al Qassam, Abu Ubaidah, dalam pernyataannya hari ini, Ahad (2/10),dalam rangka memperingati 11 tahun intifadhah al Aqsa, mengatakan, "Kami telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa di sana ada model di tanah Palestin, sekelompok pejuang yang berpegang teguh dengan sikap membela tanah dan bangsanya serta tempat-tempat sucinya. Kelompok ini, tegas Abu Ubaidah, akan terus konsisten berjuang sepanjang zaman, lama atau pendek waktunya,".






Abu Ubaidah menegaskan bahawa Intifadhah al Aqsa merupakan tanda pemisah dalam sejarah bangsa Palestin. Intifadhah ini muncul untuk menyelamatkan isu Palestin setelah kesepakatan palsu dan zalim yang mendatangkan bahaya besar kepada Palestin.

Beliau menjelaskan bahwa intifadhah ini telah menyelamatkan isu Palestin dari terowong gelap dan mengekspresikan nurani bangsa Palestin yang menolak penghinaan, perhambaan dan pengabaian tanah dan tempat-tempat sucinya.
sumber : COMES



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online