Wednesday, October 19, 2011

Israel Akui Pertukaran Tawanan Adalah Kemenangan Bagi Hamas


Ketua Bahagian Perisikan Dalam Negeri Israel “Shabak” (Shin Bet), Yoram Cohen menilai bahawa kesepakatan pertukaran tawanan antara pejuang Palestin dan Israel adalah “cara terbaik” untuk mengembalikan Gilad Shalit kepada keluarganya.
Meski dengan itu, Cohen mendakwa, bahawa kesepakatan pertukaran tawanan tersebut akan mendorong kelompok-kelompok Palestin untuk menculik lebih ramai lagi tentera Israel.
Sementara itu, Penasihat Perdana Menteri Israel untuk Urusan Keamanan Nasional, Yakub Amidror berpendapat bahawa kesepakatan pertukaran tawanan yang dicapai antara Hamas dan Israel, “sedikit lebih buruk”. Dia mengakui mencatat beberapa perkara yang menguntungkan Hamas di Palestin.
Seorang kolumnis Zionis, Ben Caspit, melihat kesepakatan pertukaran tawanan merupakan bentuk penyerahan yang memalukan. Ini kerana “Israel” datang berlutut di depan Hamas, semangat kekuatan juang Zionis telah gagal di depan Hamas. Seorang penganalisis politik, Ben Dror Yemini, mengatakan bahawa kesepakatan pertukaran ini merupakan hadiah untuk “terorisme” dan sebuah kemenangan besar bagi Hamas.
sumber : COMES

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online