- Perenggan 8 kepada Panduan Bayaran Elaun Penyelia Dan Guru oleh JAKIM menetapkan elaun bulanan akan dibayar secara tetap. Pembayaran emolumen guru dibuat melalui sistem gaji Perbendaharaan Negeri Melaka mulai bulan September 2005 untuk mengatasi kelewatan pembayaran.
- Semakan Audit mendapati guru kontrak di bawah skim guru kontrak Gred S11 masih dibayar elaun tetap KAFA sejumlah RM288 sebulan selama tujuh tahun dari tempoh tahun 2001 hingga 2007 walaupun telah menerima gaji bulanan.
- Mengikut perkiraan Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung pembayaran sejumlah RM17.83 juta yang tidak mengikut peraturan. Elaun tersebut hanya dimansuhkan oleh MMKN pada akhir bulan Januari 2008.
- JAIM memaklumkan, pembayaran elaun bulanan sejumlah RM288 bagi setiap guru lantikan Kerajaan Negeri adalah merupakan satu kesilapan dan MMKN telah memansuhkan elaun tersebut mulai tahun 2008 tanpa arahan menuntut semula lebihan bayaran daripada guru.
- Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran emolumen guru kontrak di bawah skim Gred S11 Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan kerana Kerajaan Negeri telah terlebih berbelanja sejumlah RM17.83 juta bagi bayaran elaun guru KAFA.
Wednesday, November 18, 2009
LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA ): TERLEBIH BAYAR ELAUN...!!!
Pembayaran Emolumen Guru Kontrak Kerajaan Negeri
Tuesday, November 17, 2009
LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA) : GURU BANYAK, MURID TIADA
Nisbah Guru Berbanding Kelas
- Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan keperluan guru bagi pembelajaran murid adalah atas nisbah satu guru bagi satu kelas.Semakan Audit mendapati pengurusan JAIM menetapkan keperluan guru mengikut nisbah 0.75:1 iaitu 0.75 guru bagi satu kelas disebabkan program KAFA di negeri Melaka dilaksanakan pada sebelah petang selama 20 jam seminggu.
- Keperluan guru mengikut nisbah ketetapan JAIM tidak dipatuhi memandangkan terdapat lebihan 91 guru atau 7.4%. Mengikut pengiraan Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung lebihan elaun guru sejumlah RM819,000 bagi tahun 2008.
- Pada pendapat Audit, pengurusan nisbah guru KAFA berbanding kelas adalah tidak memuaskan. Ini kerana lebihan guru menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung perbelanjaan elaun yang tidak sewajarnya.
Monday, November 16, 2009
LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA ): GURU KAFA WANITA UMNO?
Prestasi Guru KAFA
- Pada tahun 2008 SRA JAIM mempunyai 1,315 guru terdiri daripada 396 guru KAFA lantikan JAIM dan 919 guru kontrak Kerajaan Negeri.
- Guru KAFA lantikan JAIM tidak memiliki kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM dari segi umur dan akademik serta menerima elaun tetap bulanan sejumlah RM500 daripada peruntukan JAKIM dan baki RM250 ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
- Sementara guru kontrak Kerajaan Negeri adalah di bawah skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S11 dengan gaji permulaan RM709.59 sebulan di mana sejumlah RM500 dibiayai daripada peruntukan JAKIM manakala bakinya ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
Perenggan 23 Garis Panduan Pelaksanaan KAFA menetapkan syarat kelayakan guru hendaklah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 60 tahun, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai pengetahuan serta kemahirandalam Al-Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi. Semakan Audit terhadap pelantikan guru KAFA mendapati:
- Sehingga awal bulan April 2008 seramai 111 guru KAFA berumur antara 60 hingga 78 tahun yang telah melebihi had kelayakan umur yang ditetapkan oleh JAKIM masih menerima elaun tetap.
- Seramai 145 guru KAFA hanya memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran, Darjah 5 dan Darjah 7.
- Surat perjanjian pelantikan semua guru KAFA lantikan JAIM tidak disediakan.
- Had umur guru kontrak lantikan Kerajaan Negeri adalah pada usia 58 tahun
- Guru KAFA lantikan JAIM tidak mengikut had umur tamat perkhidmatan JAKIM pada usia 60 tahun.
Saturday, November 14, 2009
LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA) : PENYELIA KAFA TAK CUKUP
Prestasi Penyelia KAFA
a) Nisbah Penyelia Berbanding Guru KAFA
- Perenggan 15 kepada Garis Panduan Pelaksanaan KAFA membenarkan jawatan penyelia diwujudkan apabila terdapat 100 guru bagi setiap daerah. Pada tahun 2008, kuota penyelia termasuk seorang penyelia tetap JAIM yang perlu dilantik adalah 15 orang berbanding 1,315 guru atau 1:87.6.
- Semakan Audit mendapati jawatan penyelia yang diisi adalah 10 orang sahaja dan terdapat lima kekosongan semenjak akhir tahun 2007. Kekosongan jawatan ini adalah disebabkan penyelia meletakan jawatan kerana memperoleh jawatan tetap. Akibatnya nisbah penyelia berbanding guru ialah 1:131.5 dan pemantauan ke semua SRA JAIM pada setiap enam bulan sekali tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Mengikut penjelasan daripada pihak JAIM, jawatan kosong penyelia telah diiklankan dan temu duga telah diadakan pada awal bulan April 2009.
- Pada pendapat Audit, nisbah penyelia berbanding guru KAFA tidak memuaskan kerana kekosongan jawatan penyelia tidak diisi dengan segera sehingga menjejaskan pemantauan terhadap SRA JAIM.
Wednesday, November 11, 2009
LAPORAN AUDIT NEGARA - KAFA MELAKA GAGAL
Jabatan Agama Islam Melaka - Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain
- Secara keseluruhannya, program KAFA yang dilaksanakan di peringkat negeri Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan. Kegagalan mematuhi garis panduan yang disediakan menyebabkan wujudnya ketidakseragaman dalam pelaksanaan program KAFA secara berkesan.
- Dari aspek tenaga pengajar KAFA, prosedur pelantikan tidak dipatuhi disebabkan tidak mengikut nisbah yang ditetapkan menyebabkan Kerajaan Negeri Melaka terpaksa menanggung perbelanjaan elaun, manakala pengurusan cuti guru adalah tidak mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh JAKIM.
- Dari segi pembelajaran pula, kurikulum KAFA tidak mematuhi dasar sistem pembelajaran yang disediakan oleh JAKIM
- manakala dari segi pengurusan kewangannya didapati perbelanjaan menggunakan akaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM dan bantuan per kapita yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian. Selain itu, permohonan bantuan pembangunan dan pembaikan Sekolah Rendah Agama KAFA tidak dirancang dengan baik sehingga bertindih dengan bantuan agensi lain.
Sunday, November 8, 2009
PEMUDA OBOR PERJUANGAN

Tanggungjawab Pemuda Dalam Usia Sematang Ini : 1- Pemuda perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Pemuda Adalah Obor Perjuangan.
2. Pemuda mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabat dalam menegakkan negara Islam.
3. Pemuda perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.
4. Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada rakyat agar rakyat peka dengan kewujudan kerajaan Alternatif yang mampu menggantikan Barisan National. Kita perlu membebaskan rakyat dari belenggu rasuah , kezaliman dan penyelewengan kuasa.
5. Kita mesti yakinkan rakyat dan pengundi bahawa pimpinan yang disediakan adalah berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negeri atau negara . Pemuda PAS perlulah bekerja dengan lebih keras untuk menyedarkan rakyat betapa perlunya mereka membuat perubahan politik untuk memberi sokongan padu kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
6- Jentera pilihanraya Pemuda memerlukan kepada perancangan yang teliti serta menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan kerana pilihanraya umum semakin hampir . Pemuda diseru agar merancang dan menyusun strategi disemua peringkat parti di negeri masing-masing kerana gerak kerja yang terancang dan tersusun serta bersemangat juang yang tinggi , insyaallah akan dapat membantu membuahkan hasil yang diidamkan , iaitu tertegaknya Daulah Islamiah di Malaysia.
7. Pemuda sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang islam , berjihad menentang musuh Allah, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.
8. Permasalahan Yang Perlu Disedari Bersama :
a. Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan keseronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.
b. Kerajaan yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan , tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membenteras gejala zina dan murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Sementara remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.
c. Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
9. Oleh Itu Pemuda :
* Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang agar generasi umat islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.
* Harapan diutarakan agar Pemuda keseluruhannya tidak mengabaikan aspek pentarbiahan diri seperti USRAH , samada diperingkat cawangan, kawasan dan seumpamanya. Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan pemuda yang mempunyai daya juang yang tinggi.
* Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi pemuda yang faham terhadap Islam dan tuntutannya. Ianya hendaklah dilaksanakan melalui program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap Addin [ agama ] .
* Syakhsiah pemuda yang bergerak dalam jemaah semestinya jauh berbeza dari pemuda - pemuda lain. Bermula dari keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.
* Pemuda hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar.
* Para pimpinan pemuda jangan mudah terpedaya dan diperalatkan oleh mana-man pihak yang kurang senang dengan perjalanan organisasi pemuda . Pemuda juga seharusnya bijak mengawal keadaan dan mempunyai pendirian yang tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan.
* Meskipun sibuk dengan aktiviti jemaah dan perjuangan , maka pemuda tidak seharusnya mengabaikan tugasan rumahtangga dan ahli keluarga . Sesungguhnya pemuda sebagai watak yang paling utama dan agung ialah mendidik generasi baru ke arah melahirkan generasi alquran.
10. Selagi Islam tidak dijadikan asas dalam sistem kehidupan , maka selama itulah kita akan melihat kepincangannya. Contoh :
a. Ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan harga minyak dan barang semakin meningkat dan berganda seterusnya membebankan golongan berpendapatan rendah.
*** Dipetik daripada blog Ust.Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Malaysia), http://episodeperjuangan.blogspot.com
Friday, October 30, 2009
PAS adalah Gerakan Islam, bukan semata-mata parti politik
1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .
3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .
4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .
5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .
6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .
7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .
8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .
9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]
10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .
11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .
12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .
13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .
14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....
15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .
***Dipetik dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia), http://episodeperjuangan.blogspot.com/
***Dipetik dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia), http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)



