Monday, May 25, 2009
Puasa Sunat & Munajat hadapi krisis politik Perak
1) Dalam menghadapi kemelut politik Perak, PAS Perak telah memutuskan untuk mengajak seluruh umat Islam menjalankan:
- PUASA SUNAT, puasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir 1430H (hari ini, esok, lusa). - MUNAJAT, solat hajat, doa, qunut nazilah dll...
2) Tindakan ini adalah selaras dengan syariat Islam. Hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah. Jadi, ianya bukan suatu kesalahan. Jika dibuat, dapat pahala & keberkatan. Dan jika tidak dibuat, tidak mendapat dosa.
3) Matlamat tindakan ini adalah:
- memohon kepada Allah swt agar digerakkan hati pihak berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, ianya adalah satu-satunya penyelesaian bagi kemelut politik ini.
4) Berita baik kepada rakyat Perak, dijemput ke majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak selama 3 hari berturut-turut dimulai hari ini (26 May 2009).
"TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS"... (Surah Al-Fatihah: ayat 6)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment