Saturday, June 20, 2009

Penularan Virus Influenza A (H1NI) semakin merebak dalam masyarakat Malaysia






1) Pada 19 Jun, dilaporkan oleh pihak kementerian kesihatan... 35 kes disahkan dijangkiti H1N1... Dan ianya adalah kes import iaitu dibawa oleh para pelancong & penumpang kapal terbang.

2) Pada 20 Jun, dilaporkan oleh pihak kementerian kesihatan... meningkat kepada 42 kes yg dijangkiti H1N1...

3) Kebanyakan pesakit terdiri daripada warganegara Malaysia dari luar negara seperti para pelajar, businessman dll.

4) Untuk kes tempatan, ianya menjangkiti 2 orang setakat ini. Pesakit pertama disahkan pada 15 Jun... dan pesakit kedua disahkan pada 20 Jun...

5) Jika diikuti perkembangan isu ini, kita dapat melihat bahawa kes ini semakin merebak ke dalam kehidupan masyarakat. Bagaimana 2 org rakyat yg tidak pernah ke luar negara boleh dijangkiti H1N1? Adakah berlakunya kebocoran @ ketirisan saringan di pintu masuk negara?
Sampai bila ketirisan ini akan berlaku? Apakah pihak kerajaan sedar akan gejala ini?

6) Pihak kerajaan perlu menyusun langkah-langkah yg terbaik secara menyeluruh... iaitu dengan suatu tindakan yg tepat kepada semua pintu masuk negara. Masyarakat pun tahu ygmana virus ini boleh dijangkiti oleh manusia kepada manusia.

7) Jadi, dengan adanya saringan yang sempurna... virus ini dapat dikawal... Jika pihak kerajaan masih dalam strategi yg sama seperti sekarang, ianya memberi impak yg buruk kepada masyarakat & ianya ibarat membiarkan anak yg tidak pandai berenang di ombak yg besar.

8) Saya rasa semua pihak rasa bertanggungjawab dalam menangani virus ini, dan sudah semestinya tiada siapa yg menginginkan diri mereka menjadi pesakit yg seterusnya.



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online