Monday, June 29, 2009

Royalti minyak... Diskriminasi antara Terengganu dan Kelantan,..

1) Kerajaan negeri Kelantan akan menggunakan saluran diplomasi & politik bagi menuntut hak rakyat kelantan... dalam tuntutan royalti minyak.

2) Kerajaan negeri Terengganu perolehi royalti minyak.... kedudukan pelantar minyak ialah 220 km... MENERIMA ROYALTI MINYAK DARI KERAJAAN PUSAT.

3) Kerajaan negeri Kelantan tidak perolehi royalti minyak... kedudukan pelantar minyak ialah 170 km... TIDAK MENERIMA ROYALTI MINYAK DARI KERAJAAN PUSAT...

4) Pelantar minyak di Kelantan dinamakan dengan nama bahasa melayu iaitu Bunga Raya, Cakerawala, Bintang... Ianya dimiliki oleh syarikat Malaysia.

5) Sepatutnya pihak kerajaan pusat tidak menafikan hak kerajaan negeri Kelantan walaupun dimiliki oleh kerajaan PAS... Ianya bukan milik PAS tetapi ianya adalah milik rakyat Kelantan sendiri... Royalti yg diminta oleh kerajaan PAS adalah untuk kegunaan rakyat Kelantan.

6) Tidak akan berjaya konsep 1Malaysia jika perkara seperti ini masih berlaku... Masih ada lagi diskriminasi terhadap golongan tertentu terutamanya Pakatan Rakyat.

7) Wahai kerajaan pusat... cubalah didik hati dengan sikap adil saksama... diulang lagi, ianya bukan untuk kepentingan PAS... Ianya adalah untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT KELANTAN..


1 comment:

  1. bukan 1 Malaysia..tp 2 Malaysia
    satu Kerajaan PAS dan satu kerajaan UMNO/BN..

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online