Monday, June 22, 2009

Urusan Rasmi kerajaan = jemputan kahwin anak SUK Kerajaan Melaka...???


1) Sila baca isi kandungan surat dibawah... ianya adalah surat rasmi kerajaan negeri melaka... yg disahkan oleh SUK Kerajaan Negeri Melaka iaitu DATUK WIRA OMAR BIN KASIM...

2) Sekali lihat seperti tiada sebarang kesalahan @ salahlaku... Jika dilihat dengan teliti, ianya adalah surat jemputan ke majlis perkahwinan anak SUK sendiri...

3) Yang menjadi persoalannya, adakah ini salah satu daripada aktiviti rasmi kerajaan melaka? Ianya aktiviti perlancongan? Ianya aktiviti yg dpt menarik minat pelancong? Ianya terkandung dalam senarai aktiviti kerajaan melaka?

4) Segala hal ehwal peribadi exco kerajaan negeri tidak boleh menggunakan nama kerajaan negeri... Ini adalah suatu tindakan PENYALAHGUNAAN KUASA oleh SUK Melaka...

5) Bagaimana ianya boleh terjadi? Ianya bukan dilakukan di kalangan pegawai bawahan, tetapi ianya dilakukan oleh pemimpin kerajaan yg tertinggi... Adakah beliau tidak sedar akan kelakuan beliau yg terkutuk nie? Menyalahgunakan mandat yg diberi oleh rakyat...

6) Sebagai pemimpin rakyat, beliau sepatutnya bertindak lebih professional... dan jauh sekali dengan sikap penyalahguankuasa ini....

7) Diharap pihak SPRM Melaka dapat mengambil tindakan susulan terhadap beliau... ianya sebagai suatu pengajaran yangmana tiada sesiapa yg boleh terlepas dari hukuman...

8) Rakyat Melaka perlu sedar akan hakikat ciri-ciri seorang pemimpin rakyat... dengan adanya sikap adil, amanah, jujur, sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yg diambil...

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online