Sunday, July 12, 2009

Manek Urai : Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia) menunjukkan sikap rasuah secara terang & jelas...


1) Kenyataan TPM, ""Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi "....................... boleh lihat Malaysiakini 13 July (http://www.malaysiakini.com/news/108328)... dan juga boleh lihat di Youtube Malaysiakini (sebelah Post ini)...

2) Inilah yang diamalkan oleh kerajaan BN selama berpuluh-puluh tahun memerintah negara... apabila tiba musim pilihanraya umum @ kecik, BN akan menyatakan pelbagai janji... Ianya sekadar janji kosong, tiada sebarang bukti secara hitam putih.

3) Adakah bertepatan dengan slogan "1Malaysia"...? Nie yg dikehendaki oleh kerajaan BN dalam mentadbir negara... 1Malaysia hanya untuk sesiapa yg menyokong BN sahaja. Tiada sebarang kaitan kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

4) Mesej yg jelas & terang dilontar oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam memenangi PRK Manek Urai ini... Masih tiada sebarang perubahan sikap... Masih lagi suka memperbodohkan rakyat dengan pembangunan khayalan sahaja.

5) Kita boleh lihat pelbagai bukti mengenai perkara ini... contohnya, kerajaan negeri Kedah telah bertungkus-lumus menjayakan pelbagai aktiviti belia tetapi TIADA SEBARANG SOKONGAN DARI PIHAK KERAJAAN PUSAT... Kerajaan pusat hanya menyerahkan kertas kerja aktiviti tanpa sebarang menyalurkan kos pembiayaan aktiviti..... Yang lebih menghairankan, semasa negeri Kedah dikuasai oleh kerajaan BN, pelbagai aktiviti ditampung oleh kerajaan pusat & diberi sokongan penuh dalam menjayakan sebarang aktiviti.

6) Jika nak dilihat dari keikhlasan kerajaan BN, mengapa kerajaan BN menyekat & menafikan hak rakyat Kelantan dalam menerima royalti minyak...? Diajak berdebat tapi tiada sebarang jawapan... Didesak supaya bentang kertas jawapan kepada tuntutan kerajaan negeri tapi masih berdiam diri... Penafian hak rakyat ini amat amat TIDAK DAPAT DIMAAFKAN...



7) Walaupun pihak BN telah menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam menjayakan kempen (Jab.Kesihatan, IPT, )... Insyaallah jentera PAS akan berusaha dengan bersungguh-sungguh menentang kaum yang zalim nie...



8) Semoga rakyat Manek Urai dapat melihat kebenaran... dan para petugas PAS dapat bekerja keras dalam memperjelaskan sikap BN yg sebenar. Moga-moga rakyat tidak ditipu oleh BN... Rakyat bukanlah boneka @ patung yang mudah ditipu... Rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan siapa pemimpin mereka.

9) Sikap jujur, telus dan beramanah adalah sangat sangat sangat penting dalam diri seorang pemimpin... Dan insyaallah sikap itu berjaya dizahirkan oleh calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR KEMENANGAN PAS DI PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI ESOK... AMEEN... AMEEN... AMEEN...


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online