Wednesday, July 29, 2009

Mangsa ke-4 H1N1 adalah rakyat Melaka


1) Al-Fatihah… untuk Allahyarhammah Nur Syazwana Ramli, 20 tahun, yang meninggal dunia kerana Influenza A H1N1 semalam. Kes itu menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

2) Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

3) Tanda-tanda awal dari beliau adalah: demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai. Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

4) Beliau mengalami berbagai kompilasi klinikal iaitu septisemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru. Akhirnya telah meninggal dunia disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran,

5) Mengenai situasi semasa, Dr Ismail berkata sejumlah 47 kes baru H1N1 dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes jangkitan tempatan iaitu 27 daripadanya merupakan kejadian dari enam kluster baru, 10 kes dari lima kluster sedia ada dan 10 kes lagi merupakan kes-kes terpencil.

6) Situasi di Malaysia…. Jumlah kes H1N1 : 1266 (574 adalah kes import & 692 adalah jangkitan tempatan). Pesakit yg telah sembuh = 1,233 kes, 24 kes yg menerima rawatan antiviral di hospital manakala 9 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

8) Situasi di dunia luar… Jumlah kes H1N1 = 169,753 kes dengan 1,125 kematian dilaporkan di 159 negara setakat ini.

9) Diharapkan pihak kementerian kesihatan dapat mengambil langkah yg lebih proaktif dalam menangani penularan virus H1N1. Dalam situasi sekarang, negeri Melaka terutamanya berada dalam keadaan yg kritikal. Semakin hari berlalu, semakin banyak institusi pengajian ditutup.

10) Dan sebagai hamba Allah swt, kita hendaklah sentiasa berdoa akan kesejahteraan hidup kita. Bagi sesiapa yg telah kehilangan insan tersayang, mereka hendaklah redha dengan ketentuan Allah swt. Sesungguhnya hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Allah swt.

Semoga hidup kita sentiasa dirahmati, dan bermuhasabah atas setiap kejadian yg berlaku.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online