1) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu menyambut ulang tahun dengan makan malam untuk memperingati genap setahun kegagalannya mematerai perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.
"Pengerusi NUJ Utusan (Amran Ahmad) akan berucap pada malam itu," kata pengurus program tersebut, Baharuddin Yaakob, yang juga naib pengerusi kesatuan.
3) Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011 :
- pelarasan gaji sebanyak 10 peratus
- kenaikan gaji tahunan RM5
- tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50
- pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.
4) Majlis Makan Malam akan dimulakan pada jam 8 malam di kawasan tempat letak kenderaan di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd di Jalan Chan Sow Lin, Cheras. Turut diundang ialah beberapa mantan pengerusi NUJ Utusan & penampilan khas bekas ketua pengarangnya, Said Zahari – yang terkenal kerana memimpin "mogok Utusan" pada 1961 kerana menentang pengambilalihan akhbar itu oleh Umno.
5) Said, yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun di Singapura, kini sering uzur dan menghabiskan banyak masa di rumah anaknya di Subang Jaya, Selangor.
6) Susulan kebuntuan untuk mencapai kata sepakat dalam rundingan CA, NUJ Utusan cuba menarik perhatian pemimpin Umno – sebagai pemilik utama akhbar itu – melalui kiriman surat kepada menteri-menterinya. Tanpa respon dari semua pimpinan termasuk Pak Lah sendiri.
8) Terbaru, pada 20 Jun lalu, kesatuan tersebut mengadukan perkara itu kepada :
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang (foto kiri).
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemui di Pagoh, Johor pada bulan Mei lalu.
9) Konflik antara kesatuan dan Utusan Melayu terus berpanjangan apabila Amran diberikan surat tunjuk sebab atas dakwaan "menfitnah" majikannya selepas membuat dua aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April dan Jun lalu.
10) Kesatuan itu mewakili wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
No comments:
Post a Comment