Thursday, August 20, 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Orang Melayu



1) Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

2) Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

3) "Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kata beliau.

4) Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah melakukan pengkhianatan tersebut :

i. menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya.

ii. merosakkan sistem kehakiman negara. Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

iii. Selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarikbalik royalti minyak di Terengganu. Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

iv. memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu. Secara langsung, ianya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

v. menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yg menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

vi. memperkenalkan dasar meritrokrasi. Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

5) Dibawah menunjukkan secara ringkas 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu !!

PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

1 --- Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2 --- Melemahkan sistem kehakiman negara.

3 --- Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yg majoriti orang Melayu.

4 --- Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5 --- Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6 --- Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7 --- Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8 --- Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9 --- Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10 --- Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11 --- Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12 --- Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13 --- Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14 --- Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15 --- Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16 --- Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17 --- Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online