Tuesday, September 1, 2009

Keputusan SPR di DUN Kota Seputeh demi menjaga kepentingan Umno




1) Pada petang semalam, SPR telah umumkan bahawa TIADA KEKOSONGAN KERUSI DUN KOTA SEPUTEH dengan alasan…

- tidak boleh disabitkan ke atas Abu Hasan kerana dua kali ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan bukan dalam satu penggal yang sama.

- menerima bukti surat sakit ADUN tersebut sebagai alasan ketidak hadirannya ke sidang DUN.


2) Untuk alasan SPR yang pertama…

- berlandaskan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah ( ... mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan… ).

- Dalam Perkara 51 jelas tidak menyatakan kekosongan kerusi berlaku bila seseorang ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut dalam tempoh satu penggal yang sama.


3) Untuk alasan SPR yg kedua…

- SPR mudah percaya dengan bukti surat sakit itu dibuat, tanpa mempersoalkan sejauhmanakah sahihnya, atau mungkinkah surat sakit itu bertujuan menutup kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ADUN tersebut yang jelas menghina dewan undangan negeri.


4) Sebagai seorang ADUN yang telah bersumpah didalam dewan adalah WAJIB mematuhi undang-undang yg berkaitan. Jadi, tindakan ADUN Kota Seputeh adalah bertentangan dgn undang-undang yg telah ditetapkan (Undang-undang Tubuh Negeri Kedah).


5) ADUN Kota Seputeh hendaklah digugurkan sepertimana yg dinyatakan oleh Speaker. Sebaliknya SPR sekali lagi melampaui bidang kuasa Speaker sehingga menyokong tindakan ingkar, cuai & menghina dewan oleh ADUN itu.


6) Sehubungan itu, kita sepatutnya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyerahkan tindakan SPR itu kepada pihak Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Penasihat Undang-undang Negeri membawanya ke mahkamah. Sewajarnya keputusan SPR kelmarin diseret ke mahkamah bagi mendapat pentafsiran yang memuaskan semua pihak.


7) Sesuai dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, semestinya Tuhan Yang Esa bersifat adil seadil-adilnya dalam meletakkan segala amal perbuatan manusia. Layakkah seseorang itu menerima pahala atas perbuatan yang boleh mencetuskan kekalutan dalam negara? Semuga sifat maha pengampun Tuhan akan mengampunkan semua manusia yang bertaubat.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online