Saturday, November 14, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA (MELAKA) : PENYELIA KAFA TAK CUKUP

Prestasi Penyelia KAFA

a) Nisbah Penyelia Berbanding Guru KAFA

  1. Perenggan 15 kepada Garis Panduan Pelaksanaan KAFA membenarkan jawatan penyelia diwujudkan apabila terdapat 100 guru bagi setiap daerah. Pada tahun 2008, kuota penyelia termasuk seorang penyelia tetap JAIM yang perlu dilantik adalah 15 orang berbanding 1,315 guru atau 1:87.6.
  2. Semakan Audit mendapati jawatan penyelia yang diisi adalah 10 orang sahaja dan terdapat lima kekosongan semenjak akhir tahun 2007. Kekosongan jawatan ini adalah disebabkan penyelia meletakan jawatan kerana memperoleh jawatan tetap. Akibatnya nisbah penyelia berbanding guru ialah 1:131.5 dan pemantauan ke semua SRA JAIM pada setiap enam bulan sekali tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Mengikut penjelasan daripada pihak JAIM, jawatan kosong penyelia telah diiklankan dan temu duga telah diadakan pada awal bulan April 2009.
  3. Pada pendapat Audit, nisbah penyelia berbanding guru KAFA tidak memuaskan kerana kekosongan jawatan penyelia tidak diisi dengan segera sehingga menjejaskan pemantauan terhadap SRA JAIM.

1 comment:

 

blogger templates | Make Money Online