Monday, December 21, 2009

Pesanan buat para blogger...

Disini ana ringkaskan pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada para blogger...

1) Tidak terlalu ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biar pun maklumat itu difikirkan benar.

2) Perlu memahami bagaimana Islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

3) Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

4) Perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

"Blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki," kata Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah


Sila lihat link dibawah untuk maklumat lanjut :
Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS
Blog tidak akan mati-Abu Hassan

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online