Sunday, January 17, 2010

Haneyya: Pengepungan oleh Israel ke atas Gaza adalah dasar koloni

PM Palestin - Ismail Haneyya

1) Ismail Haneya, PM Palestin yang dipilih rakyat secara demokrasi menyifatkan pengepungan Israel ke atas Gaza adalah satu bentuk kolonisme dan merupakan produk ideologi ekstrim Zionis yang bertunjangkan penghapusan bangsa lain.

2) Haneyya berucap demikian ketika majlis pelancaran buku baru berkaitan konvoi yang menentang pengepungan tersebut. Beliau turut menekankan bahawa pengepungan Gaza merupakan polisi yang jelas sekali salah dan ianya menyokong polisi penjajahan Zionis.



3) Pengepungan itu juga diklasifikasi sebagai jenayah kemanusiaan menurut undang-undang antarabangsa kerana berlaku kezaliman besar-besaran ke atas komuniti Palestin, terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Polisi yang salah itu menurutnya lagi, menyemai kebencian dan membantutkan pembangunan.

4) Haneyya juga menyifatkan bahawa pengepungan itu merupakan produk ideologi ekstrim Zionis iaitu penghapusan bangsa lain dengan ancaman kebuluran sehingga keteguhan mereka goyah dan akhirnya tunduk kepada kehendak penjajah.



5) Pusat hak sosial dan ekonomi Quds telah memperingatkan projek kolonialis yang belum pernah terjadi sebelumnya kini sedang dilaksanakan oleh rejim Zionis di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.


6) Pusat tersebut dalam satu laporan yang diterbitkan pada Sabtu lalu menggambarkan kawasan Bandar Lama Baitulmuqaddis sebagai konstruksi yang amat besar, “terbesar sejak tahun 1967″. Dikatakan juga bahawa Rejim Zionis menggali terowong, membina rangkaian pengangkutan yang agak rumit yang akan menyambung penempatan antara satu sama lain dan pusat bandar suci diperhebatkan dengan pembinaan penempatan di pinggir bandar Jerusalem.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online