Friday, April 9, 2010

(4) Persoalan mengenai GST...

Kerajaan menegaskan dengan adanya GST ia memberi keadilan kepada semua pihak, semua pihak dikenakan cukai. Apa pendapat saudara?

1) Kita tahu... GST semua orang akan kena iaitu dari segi kesan pencukaian. Inilah matlamat GST. Cuma kita hendak pertikaikan kerajaan tidak membuat persiapan yang rapi.


2) Adakah betul GST ini memberi keadilan? Inilah persoalannya. Kita hendak cukai semua orang. Adakah pengagihan untuk dikenakan cukai kepada semua orang itu betul?


3) Kita kena tahu GST ini akan cukaikan barang, perkhidmatan ia dipanggil cukai berganda @ berlapis-lapis. Kalau dulu peringkat pertama dikenakan cukai peringkat kedua tidak ada cukai lagi, slerang tidak kira, ia akan berlapis-lapis. Setiap lapisan sama ada perniagaan @ perkhidmatan akan ada GST.


4) Orang yang berpendapatan rendah tidak perlu dicukai, kita hanya mengenang cukai terhadap orang yang telah mencapai tahap memang kena cukai. Ini sistem yang ada sekarang.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online