Friday, April 16, 2010

(6) Persoalan mengenai GST...



Nampaknya GST ini polisi yang silaplah…

Kalau kerajaan hendak kutip hasil daripada semua untuk negara adil bagi semua, ini adalah polisi yg silap. Sebenarnya GST ini, menjadi mangsanya adalah orang ramai @ pengguna, bahkan satu pihak yg lain pula berfungsi sebagai pengutip cukai bagi pihak kerajaan.

Boleh saudara huraikan sedikit..

1) Misalnya kita beli sebatang pen harganya dahulunya RM1 tapi sekarang kita bayar RM1.10. Sepuluh sen itu sebabnya ada GST dan tuan kedai akan kutip sepuluh sen itu dan menjadi tanggungjawabnya mengutip bagi pihak kerajaan sehingga tiga empat bulan akan serahkan kpd kerajaan.

2) Berapa GST yg dikutip atas kenaikan beberapa peratus harga barang itu? Disebalik ini, pengilang dan pengeksport akan menerima rebet daripada kerajaan, tetapi rebet tidak diberi kepada pengguna @ org yg membeli @ menggunakan perkhidmatan, rebet akan diberi kpd kumpulan-kumpulan pengimport @ pengeksport dan pengilang.

3) Jadi, mereka ini secara tidak langsung mendapat pendapatan yg lebih. Ini bermakna kerajaan melaksanakan GST tanpa melihat membebankan rakyat tetapi member satu kemudahan kpd pengilang, pengimport dan seangkatan dengannya untuk dapatkan rebet.

4) Orang ramai tidak dapat apa-apa terpaksa bayar sahaja… Benda ini akan mendedahkan kita kpd satu elemen spekulasi @ mengambil kesempatan dan keuntungan lebih di kalangan masyarakat oleh penjual, pengilang ataupun pengedar.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online