Wednesday, May 19, 2010

Model Ekonomi Islam = Judi Bola...???


1) Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak di Persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia ke-6 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur...

"Negara-negara Islam perlu mewujudkan model baru ekonomi yang lebih terangkum, progresif dan praktikal dalam aspek formula dan pelaksanaannya bagi memenuhi keperluan penduduk Islam dunia ....... ....... ....... Sudah sampai masanya model ekonomi baru itu dibentuk untuk memastikan masa depan ekonomi negara-negara Islam lebih terjamin ...... ........ .......... Berikutan itu, kita perlu mempunyai pendekatan dan idea inovatif untuk melihat perubahan positif dalam ekonomi orang Islam"

2) Persoalan utama, apakah model ekonomi baru negara Islam yang dimaksudkan oleh beliau...??? Adakah kelulusan JUDI BOLA SEPAK salah satu daripada strategi model ekonomi baru negara Islam yang dimaksudkan...??? Persoalan ini boleh diajukan kepada para mufti-mufti...

3) Ataupun kerajaan BN hanya berpura-pura ingin melaksanakan ekonomi Islam dihadapan para pemimpin negara Islam, sedangkan realitinya kerajaan BN seringkali merangka ekonomi negara yang bertentangan dengan ekonomi Islam yang sebenar (mengikut hukum syarak)....

4) Ramai pemimpin negara Islam yang terpukau & kagum dengan ucapan beliau (Najib) semasa persidangan tersebut... tapi malangnya, ramai pemimpin itu telah tertipu.....

5) Rakyat Malaysia perlu bangkit membantah kelulusan lesen judi... bantahan ini bukan sekadar terbatas kpd umat Islam, ianya merangkumi seluruh rakyat Malaysia. Malah, ada juga pemimpin bukan Islam membantah lesen judi ini secara lantang...

- KENYATAAN RASMI PIMPINAN PAS -

Dewan Pemuda PAS Pusat : Batal Lesen Judi
Dewan Ulamak PAS Pusat : Isu perjudian bola sepak Piala Dunia 2010
Presiden PAS : Langkah Mundur oleh Kerajaan Dalam Isu Judi Sukan

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online