Friday, July 30, 2010

Lagi PROVOKASI Umno-Melaka di ceramah PAS

Program: Ceramah Umum
bersama Mat Sabu (AJK PAS Pusat) & Yb Khoo Poey Tiong (ADUN Ayer Keroh)
Tempat: Markas PAS Bukit Baru
Tarikh: 30 July 2010


Pentas utama para penceramah Pakatan Rakyat... sudah beberapa kali Pakatan Rakyat Melaka mengajak pemimpin Umno berdebat secara bersemuka, tapi masih tidak dapat respon... yang ada hanyalah provokasi ceramah bersebelahan setiap program PAS....


Suasana lokasi ceramah PAS pada jam 10 malam


Suasana hambar semasa Ali Rustam sedang sampaikan 'lawak jenaka'... sebelum itu, ceramah umno di'meriah'kan oleh Ustaz Umno sehingga hilang suara... terpaksa panggil sesiapa yang ingin menggantikan beliau untuk memberi ceramah sebelum Ali Rustam tiba...


Nie lah jarak antara ceramah PAS & Umno... lokasi ceramah dipisahkan oleh sebatang jalan kampung yang mana jaraknya tidak sampai 100 meter...


Tidak nampak kelibat seorang pegawai polis pun, yang sepatutnya menghentikan provokasi pihak Umno (sengaja mengadakan ceramah serentak & bersebelahan, menghalakan speaker ke lokasi ceramah PAS)


Umno menggunakan MAKANAN & MINUMAN sebagai penghibur @ daya tarikan supaya menghadiri ceramah umno... itu pun dapat dikira bilangan orang yang hadir ceramah Umno...



Bagi sesiapa yg hadir ceramah nie, mereka pasti tidak ketinggalan melihat & mendengar perilaku Umno-Melaka yang semakin terdesak dalam mencari sokongan... sehingga terpaksa memanggil turun Ali Rustam bersama pegawai tertinggi kerajaan Melaka...


Lokasi ceramah PAS semakin padat & sesak berikutan kehadiran rakyat Melaka yang sangat memberangsangkan... Ada yang datang dari Jasin, Alor Gajah...

*** Cerita menarik sepanjang ceramah malam tadi :-

1) Ada seorang lelaki mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat ceramah... disangkakan beliau akan pulang ke rumah, tetapi beliau tetap bersemangat untuk teruskan perjalanan ke tempat ceramah walaupun tangan terluka & berdarah...

2) Ada seorang Cina bertanya dengan perasaan pelik, adakah itu Ketua Menteri Melaka (di lokasi ceramah Umno)... beliau terkejut dengan perilaku pelik bagi seorang pemimpin...

3) terdapat sekatan jalan raya (Polis) di hadapan Perpustakaan Negeri Melaka, sehingga menyebabkan kesesakan jalanraya di simpang pejabat pos.

4) TIADA seorang pegawai polis sekitar lokasi ceramah... terutamanya di antara lokasi kedua-dua ceramah. Seolah-olah pihak polis tidak tahu akan ceramah provokasi Umno diadakan...



No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online