Tuesday, October 26, 2010

Laporan Ketua Audit Negara...


1) Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

2) Malaysia 'tersangkut' di tangga 56 indeks rasuah
Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

3) Pulau Pinang catat hasil paling tinggi
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.
4) Pengimbas jutaan ringgit tersadai, kurang diguna
Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.


5) Taraf hospital tentera diturunkan, kos tetap sama
Hospital Angkatan Tentera di kem Kinrara, Puchong yang dikenali sebagai '95 Hospital ATM' dibina di bawah tahap spesifikasi sekalipun harga asalnya dikekalkan.

6) 'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap
Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

7) T'ganu: 18.2 peratus saja bawa eBook ke sekolah
Kajian yang membabitkan kanak-kanak sekolah di Terengganu yang terlibat dengan skim 'satu pelajar satu komputer' menunjukkan hanya 18.2 peratus daripada 908 pelajar berkenaan membawa komputer riba mereka ke bilik darjah.


8) Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion
Menurut Lapran Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online