Thursday, February 17, 2011

Fitnah & Pembohongan mula menjajah di Merlimau...!!!


Fitnah dan pembohongan mula mewarnai kempen PRK Merlimau walauupun penamaan calon masih belum bermula.
Pagi ini kita dikejutkan dengan pengedaran CD dan risalah kecil yang bertajuk ‘Islam Umno tak masuk syurga’, ‘Islam PAS Masyuuuuk Syurga’ yang memuatkan gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memakai cermin mata hitam.
Selain dari risalah itu, sekeping VCD bertajuk ‘Kemuliaan Masjid Negara tercemar’ juga diedarkan.

Kedua-dua bahan edaran itu dijumpai di hadapan Markaz Induk PAS PRK Merlimau dan juga diletakkan di cermin kereta hadapan.

Seorang petugas keselamatan yang enggan dikenali ketika ditemui di Markaz Induk berkata bahan edaran itu mungkin disebarkan di awal pagi antara jam 1.00 hingga 4.00 pagi kerana sebelum itu mereka tidak menemui apa-apa bahan seperti itu di sekitar Markaz Induk tersebut.

*** Dipetik dari sumber sahih: Laman web rasmi PRK DUN Merlimau, http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online