Saturday, February 12, 2011

Projek Mee Segera semakin rancak di pekan Merlimau


1) Geng BN/Umno semakin giat memperkudakan jentera kerajaan negeri & pusat dalam usaha memancing undi di PRK Merlimau. Segala kerja-kerja dijalanan sehingga larut malam, tanpa kira waktu (seolah-olah tiada seorang pun mereka menggunakan jam tangan... hihihi...)

Jentera berat masih beroperasi di persimpangan ke Taman Industri Merlimau (gambar diambil pada jam 10.30 malam).

Lebih daripada 10 orang pekerja bertungkus-lumus menyiapkan projek "mee segera"...
Tamat tempoh projek mesti disiapkan ialah 06 Mac (tarikh pengundian)...

Jentera penerangan kerajaan diperkudakan oleh geng BN/Umno...
Seolah-olah jentera kerajaan adalah jentera BN/Umno...
Inilah yg dinamakan penyalahgunaan kuasa oleh BN/Umno...
Menganggap semua harta kerajaan negeri @ persekutuan adalah hak milik penuh BN...!!!

1 comment:

  1. Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online