Saturday, March 5, 2011

Hari Terakhir Kempen PRK N27 DUN Merlimau: Identiti penyebar fitnah dikenalpasti....!!!

1) Akhirnya terungkai siapakah dalang penyebaran risalah lucah dan fitnah yang selama ini bertebaran di Merlimau. Akhirnya Skuad Kamera dapat menjejaki dihari terakhir penamaan calon mengenai taktik kotor pihak lawan.

2) Penyebaran risalah lucah dan fitnah telah dinafikan oleh pihak lawan dan mengatakan bahawa pihak PAS yang membuat risalah tersebut dan menuduh bahawa sebaran ini adalah dari pihak PAS. Maka segala-galanya telah terbukti dengan adanya gambar di atas.

3) Lokasi tersebut adalah berdekatan dengan pekan Merlimau berhampiran dengan pasar Merlimau. Keadaan itu menjelaskan bahawa pihak lawan sudah berada di tahap kemuncak dan tidak lagi mampu mencari isu yang berkaitan fakta maka disebarkan fitnah tersebut.

4) Dalam masa yang sama, beberapa budak motor membuat bising sekitar bandar Merlimau... ditambah dengan jeritan "Hidup BN...."... apabila terlihat markas PAS, secara automatik mereka akan bersorak kegilaan...

Lihat risalah di tangan lelaki ini... Tanpa segan silu mengedarkan risalah fitnah kpd masyarakat...

Penyebar fitnah ini siapa? Kerja polis semakin mudah setelah bukti penyebar fitnah didedahkan...

Penyokong manakah ini? Kempen jalanan yang menyusahkan rakyat... Polis hanya mampu melihat...

Segala-galanya adalah dari pihak lawan (BN/Umno)... Ghairah bersorak sehingga menghalang lalu-lintas...

Dipetik dari laman web rasmi PRK DUN Merlimau: http://n27merlimau.pas.org.my/


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online