Wednesday, April 20, 2011

Airport Batu Berendam SUNYI SEPI: Ali Rustam

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

ali rustam wearing songkokBeliau yang mempersalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) berkata kesan kini LTAM yang terletak di Batu Berendam kelihatan sunyi sepi berikutan kekurangan aktiviti penerbangan dijalankan di situ.

"Saya rasa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

"Kita tidak boleh tunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk gunakankemudahan di LTAM," katanya.

Menurut Mohd Ali, biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.

Beliau meluahkan perkara itu dalam sidang media majlis perasmian Seminar Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat negeri Melaka.

LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Tiada wakil Riau

Mohd Ali berkata, setakat ini Wings Air yang dimiliki Lion Air Indonesia di LTAM adalah syarikat penerbangan yang terbaru menyediakan penerbangan bagi laluan Pekan Baru-Melaka selepas Riau Air yang memulakan operasinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, program Seminar IMT-GT yang berlangsung juga tidak disertai wakil daripada Riau atau Pekan Baru termasuk dari syarikat penerbangan Riau Airlines serta Wings Air bagi membincangkan kegiatan promosi yang sesuai digerakkan pada masa depan.

NONE"Kehadiran mereka penting bagi membincangkan strategik kegiatan dan kerjasama pada masa depan bersesuaian dengan penubuhan IMT-GT yang menekankan penglibatan ketiga-tiga negara dalam aspek ekonomi seperti perdagangan, pengangkutan dan pembangunan pelancongan.

"Kerajaan negeri sedia membantu menyelaraskan program kerjasama yang sesuai diadakan bersama Riau agar kemudahan LTAM dapat digunakan sepenuhnya.

"Melaka telah mendapat undangan daripada Riau untuk menyertai acara larian antarabangsa diadakan di wilayah itu dan kita akan menghantar peserta pelari Melaka ke sana untuk bertanding melalui kemudahan penerbangan di LTAM.

"Pada masa yang sama, kita juga mengharapkan agar agensi kerajaan yang berkaitan dapat bergerak lebih aktif bagi memastikan operasi di lapangan terbang lebih aktif pada masa depan,"

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online