1) Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang.
2) Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu. Suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat.
3) Kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang.
4) Sebelum ini, pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan.Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga berpendapat agar pembinaan tugu 1 Malaysia tidak di lakukan jika ia mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa kepada syirik.
5) Apakah fatwa dari Mufti Melaka...??? Sebuah tugu 1Malaysia tertinggi di Malaysia,
- terletak di Dataran Klebang
- tinggi 17.7 meter & lebar 9.1 meter.
- kos pembinaan RM 352,000
- dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 04 Feb 2011
Berita lanjut di Tugu: Pemuda PAS Melaka tuntut penjelasan
Pandangan dari jauh
Pandangan secara dekat & menyeluruh
Pandangan berfokus pada bahagian tapak
Pandangan lebih jelas pada bahagian tapak
Keseluruhan tapak musnah...!!!
Pandangan dari sebelah belakang
Pandangan dari bahagian belakang (bawah)
No comments:
Post a Comment