2) Ketika mula-mula bumi Al Quds dikuasai oleh Umat Islam pada era kekhilafahan Umar Al Khattab, penduduk asal di situ dikenali sebagai Iliya' (salah satu kaum yang ketika itu memeluk agama Nasrani). Uskup utama yang bernama Sophronius mensyaratkan bahawa kunci Al Quds hanya akan diserahkan kepada Khalifah, bukan dari kalangan wakil-wakilnya.
3) Lalu pergilah Khalifah Umar dari Kota Madinah ke Al Quds sebagai salah satu pengembaraan penuh sejarah dan menarik, kunci kota Al Quds diserahkan secara rasmi kepadanya, dan Khalifah melakukan perjanjian aman kepada penduduk-penduduk Al Quds waktu itu yang beragama Nasrani dan ia dikenali sebagai perjanjian yang sangat masyhur iaitu ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).
4) Perjanjian itu memberi jaminan bahawa gereja-gereja, hak kepercayaan, syiar agama mereka, diri mereka dan harta mereka akan berada di dalam keadaan aman dibawah persetujuan yang terkandung dalam Wathiqah Umariyyah. Perjanjian ini disaksikan oleh beberapa orang hulu balang Islam antaranya, Khalid bin Al Walid, Abdul Rahman bin Auf, Amru bin Al 'As dan Muawiyah bin Abi Sufyan.
5) Allah telah memaklumkan kepada Baginda Muhammad SAW bahawa tanah suci ini akan dibebaskan dari cengkaman musuh, atau ia akan diancam dengan pencerobohan dan penjajahan. Kerana itu Umat Islam diseru untuk teguh mempertahankan Al Quds, berjihad mempertahankannya agar tidak jatuh ke tangan musuh, dan berusaha untuk membebaskannya jika ditakdirkan Al Quds ini kembali ke pangkuan Umat Islam.
6) Hal ini dikhabarkan oleh Baginda SAW mengenai suatu pertempuran yang ditunggu-tunggu antara Kaum Muslimin dan Yahudi, bahawa kemenangan pada akhirnya akan memihak bagi Kaum Muslimin, di mana semuanya menyokong umat Islam sehinggakan batu dan pokok, akan berkata-kata tentang lokasi musuh dengan bahasa lisanul hal atau mungkin dengan cara lisanul maqal.
7) Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya". - web qaradawi.net
Penjelasan lanjut boleh layari link berkenaan: http://tarbawi.my/index.php/inspirasi/isu-ummah/80-palestin-bumi-ribat-dan-jihad-dryusuf-al-qaradawi
No comments:
Post a Comment