Friday, December 2, 2011

Malaysia Jangan Ikut Amerika Tidak Iktiraf HAMAS

     

1) Kerajaan Malaysia harus mengiktiraf kerajaan Hamas di Palestin dan tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang memusuhi parti itu, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


"Kami sebagai ahli parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya. Malaysia masih lagi tak iktiraf Hamas dan masih lagi iktiraf Fatah kerana ikut telunjuk Amerika Syarikat yang kata Hamas pengganas. Kerajaan  lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas? " kata beliau.

2) 2 Ahli Parlimen yang turut serta dalam delegasi bersama 70 Ahli Parlimen dari 40 negara di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Timur Tengah 16 November lalu itu ialah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).
3) Sewaktu di sana, mereka dibawa bertemu Kerajaan HAMAS untuk mendapat maklumat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas mereka sejak memenangi pilihan raya pada 2006.
4) Delegasi bertemu dengan Kementerian Kesihatan, Pertanian, Pendidikan dan Tahanan dan mendengar laporan mereka mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk peristiwa pengeboman 22 hari berturut-turut oleh AS.
5) Pengeboman itu bukan sahaja menyebabkan kematian tapi trurut memberikan kesan jangka panjang termasuk kecacatan dan pencemaran air di negara yang dihuni 1.5 juta penduduk itu.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online