Wednesday, March 28, 2012

Kuliah Maghrib Oleh Syeikh Prof.Dr.Rafi' Taha arRifaie (Mufti Iraq)

Poster @ Banner dipapar sekitar Melaka

Semasa azan berkumandang oleh salah seorang pelajar
Madrasah Baitul Qurro', Sungai Udang.

Kuliah dimulakan dengan nyanyian qasidah 
oleh Maulana Iraq (sahabat Syeikh)

Sesi kuliah yang disampaikan dalam bahasa Arab,
diterjemahkan oleh Ustaz Zulkifli Ismail (Pengasas Baitul Qurro')

Syeikh mengupas tafsiran surah Al-Asr...

Antara isi-isi yang diambil :-
1) Terdapat 3 golongan yang diceritakan dalam surah ini, iaitu,
- golongan yang dalam kerugian
- golongan yang paling rugi
- golongan yang beruntung

2) Mereka yang beruntung perlu memenuhi 4 ciri-ciri yang dinyatakan:-
- beriman
- beramal soleh
- berpesan kepada kebaikan (dakwah)
- berpesan kepada kesabaran

3) Siapa yang paling rugi --> mereka yang beramal yang sia-sia, iaitu amal ibadah yang dilakukan tidak betul tetapi mereka bersungguh-sungguh melakukannya sehingga menganggap ianya suatu yang benar & diterima oleh Allah swt.

Wallahualam...

Maklumat lanjut @ CD, boleh dapati dari website Baitul Qurro' --> http://kuliahustazzul.blogspot.com/

1 comment:

  1. Jazakallah khairan kathira... atas promosi blog kuliahustazzul.blogspot.com

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online