Saturday, April 21, 2012

Tafsir Surah Al-Shaff

Tulisan ini merupakan tafsiran Surah al Shaff, sebuah imbasan daripada karangan as Syahid Syed Qutb rahimahuLlah yang berjudul, 'Tafsir Fi Dzilal Al Quran', sebuah tafsiran yang ditulisnya ketika beliau berada di jerjak penjara.


"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu pembantu Allah sebagaimana golongan Hawariyyun...", Hawariyyun adalah murid-murid kepada Nabi Isa A.S. Di mana lagi tempat yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebagai pembantu Allah?

Inilah janji yang lebih tinggi daripada janji syurga dan kenikmatannya. Jadilah pembantu Allah. Perolehilah kemuliaan besar ini. Pengajaran adalah jelas bahawa seruan di dalam ayat di atas adalah demi membangkitkan jiwa orang-orang yang beriman dengan Allah yang diamanahkan untuk memikul beban dakwah ini agar terus bersedia dan siap siaga di dalam menolong Allah dan agamaNya.

Pusingan akhir ini turut berakhir dengan janji kemenangan dan sokongan Allah terhadap mereka yang menyahut seruan iman ke atas musuh mereka. Kemenangan akhirnya adalah menjadi milik pembantu Allah yang beriman.

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPPM

(Untuk penjelasan yang lebih lanjut: LAMAN TARBAWI )

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online