Thursday, July 12, 2012

Peribadi Pemuda PAS Untuk Memenangi PRU-13

Pemuda mesti mewarisi akhlak Rasulullah S.A.W sebagai pemikat untuk memenangi hati pengundi dalam semua bentuk pendekatan yang dilaksanakan. Firman Allah :


Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesunggulinya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." - Surah Ali Imran:159

Pemuda PAS yang memiliki akhlak Islam sayugianya tidak melakukan perkara yang tidak layak bagi seorang pejuang terutama dalam usaha untuk memenangi hati pengundi. Antaranya perkara-perkara seperti berikut :
  1. Bercakap dan bertindak kasar serta kesat.
  2. Mencipta sengketa dan meramaikan musuh.
  3. Menghina dan mendedahkan keaiban peribadi orang.
  4. Sempit dada dan tidak mendengar pandangan orang lain.
  5. Mendedah dan menerima maklumat tanpa fakta.
  6. Melampau dan keterlaluan dalam tindakan.
Islam mengajar prinsip akhlak dalam perjuangan sekalipun dalam medan peperangan. Antaranya:

"Dan berjuanglah di jalan Allah (kerana menegak dan mempertahankan agama Allah), memerangi orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (dengan memulakan peperangan); kerana sesunggulinya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau." - Surah al Baqarah:190

Prinsip tersebut ialah :
  1. Berjuang mestilah di atas landasan fi sabiliLlah.
  2. Hanya menentang mereka yang menentang kita.
  3. Jangan melampaui batas dalam tindakan.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online