Wednesday, August 29, 2012

ROHINGYA : Dimana Umat Membelanya?

 
 Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya dan bergembira bersama sanak-saudara, jangan kita lupa dengan saudara-saudara seagama di tempat lain yang tidak dapat merayakan hari raya seperti mana kita merayakannya."
Ya... Tetapi itulah hakikatnya. Ketika kita sedang sibuk memilih kuih raya mana yang mahu disumbat ke dalam esofagus, kawan-kawan kita di Palestin sedang memilih batu kerikil mana yang mahu dilontarkan kepada tentera rejim zionis Israel hari ini. Ketika kita sedang sibuk menggayakan baju raya baru kita yang berkilauan warnanya, sahabat-sahabat kita di Syria tiada baju untuk dipakai dek dibakar oleh tentera-tentera rejim Bashar al-Assad. Dan ketika kita riang gembira menyembelih ayam, kambing dan lembu untuk dijadikan juadah raya, saudara-saudara Rohingya kita disembelih untuk dijadikan 'juadah raya' oleh pelampau Buddha Rakhine.
%20%28Chaiwat%20Subprasom%2C%20Reuters%29

Ketika isu ini sedang panas dan hangat dibicarakan, kitalah yang paling lantang sekali bersuara. Ketika krisis ini rancak didedahkan, kitalah yang paling rajin sekali meng-update twitter dan status-status di facebook. Ketika semua orang bising dan menuntut agar tindakan yang segera diambil, kita juga turut terjun ke dalam gerabak keretapi yang sama. Nah, sekarang ke mana semua itu?

Itulah masalahnya umat Islam hari ini yang melihat sesuatu perkara berdasarkan 'issues-oriented', iaitu perjuangan yang berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Oleh itu, marilah kita kembali melihat nasib umat Islam Rohingya yang diperlakukan dengan begitu jijik sekali oleh etnik Rakhine yang rata-ratanya beragama Buddha. Semoga perkongsian ini akan menjadi pencetus untuk kita lebih cakna dengan isu ummah di masa-masa hadapan dan tidaklah berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja. Semoga selepas ini kita lebih konsisten dan persisten dalam memperjuangkan nasib saudara-saudara seaqidah kita.
 

 

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online