Wednesday, June 17, 2009

Malaysia tersenarai dlm negara yg menyeludup manusia





1) Di dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika (Laporan Penyeludupan Manusia)... Pada tahun 2008, kita berbangga dengan prestasi Malaysia yg dilihat TIDAK TERSENARAI dalam kategori negara-negara yang menyeludup manusia... Akan tetapi, pada tahun 2009, Malaysia adalah antara negara yang DISENARAI dalam kategori negara yang menyeludup manusia.

2) Apakah pihak kerajaan terlepas pandang @ leka dengan kegiatan terkutuk ini...? Apa yg pihak kerajaan fikirkan semasa kegiatan ini semakin berleluasa...? Leka nk capai 1 Malaysia? Cuai dgn masalah dalaman parti? Buat2 lupa masa negara tidak tersenarai? Abaikan isu ini apabila nama negara tidak ada dlm senarai itu?

3) Pihak kerajaan perlu sentiasa memberi komitmen yg tinggi & jitu dalam menangani isu ini. Ianya akan menjejaskan imej negara kita & mungkin lebih teruk ianya akan menjejaskan ekonomi negara kita.

4) Cuba bayangkan senarai negara itu akan diketahui oleh seluruh masyarakat dunia, dan pastinya tanggapan masyarakat akan negatif terhadap Malaysia.

5) Pantauan kegiatan ini perlu lebih hebat walaupun nama negara tidak tersenarai.

6) Ianya sepatut dilihat sebagai salah satu sifat keperimanusiaan. Tidak ada orang layak menjadi insan lain seperti hamba.

7) Negara-negara yg turut tersenarai ialah : Zimbabwe, Sudan, Saudi Arabia, Burma, Papua New Guinea, Fiji, North Korea.

8) Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online