Monday, June 15, 2009

Persoalan kes kematian tahanan dalam penjara...

1) Kebelakangan ini, banyak berita yg kita dengar mengenai kematian tahanan polis di dalam penjara / lokap.

2) Ianya suatu kejadian yg pelik kerana ianya berlaku semakin kerap. Adakah ianya memang betul semua kejadian itu hanya kebetulan? Adakah ianya memang selalu terjadi? Mengapa baru sekarang nie banyak kejadian ini?

3) Mari kita sama2 meneliti bahan dari pelbagai sumber... Kebelakangan nie, rakyat dah semakin berani menyuarakan kebenaran melalui insan-insan yg berani membantah tindakan pihak berkuasa. Bantahan ini bukan hanya kerana mereka pembangkang, akan tetapi mereka ingin mempertahankan hak & kebenaran setiap individu itu.

4) Bagi mereka yg digelar tahanan polis, mereka juga mempunyai hak. Jadi, ianya tida patut diabaikan. Mereka juga seorang insan yg dicipta oleh Tuhan. Apatah lagi jika tahanan yg belom dijatuhkan hukuman (baru dlm proses siasatan), mereka perlu dilayan dengan cara kemanusiaan. Akan tetapi, sekarang nie pihak polis semakin kejam dalam menjalankan siasatan terhadap suspek @ tahanan polis.

5) Misteri yg terbaru mengenai kematian A Gnanapragasam terbongkar lagi... iaitu pendedahan ketika pertemuan isterinya melawatnya sehari sebelum dia diumumkan meninggal dunia di dalam penjara. Boleh layari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut, http://www.malaysiakini.com/news/106526

6) Kezaliman tidak patut berlaku kpd semua peringkat manusia walaupun mereka bersalah. Ianya bukan hukuman tetapi ianya cuma perasaan marah membara terhadap golongan ini (tahanan).

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online